Posts

Showing posts from July, 2017

Badut-badut Politik Harapan

Image
Jumaat lalu, pimpinan Pakatan Harapan berbondong-bon­dong mendatangi pejabat Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya. Tujuan yang tersurat hanya satu iaitu menghantar permohonan pendaftaran gabungan itu.

Di situ ada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan. Ada Penger­usi, Tun Dr. Mahathir Mohamad (PPBM) bersama Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR). Yang juga hadir ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (PAN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) selain Naib Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM).

Barangkali inilah barisan badut-badut politik yang disebut oleh generasi Y dalam Forum Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah di Bangsar tiga hari sebelum pimpinan Pakatan Harapan ini berkampung di pejabat ROS.

Para strategis Pakatan Harapan nampaknya begitu terdesak, sehinggakan perlu mengheret Pengerusi dan Presiden serta gerombolan kepemimpinan tertinggi hanya untuk membuat urusan mendaftarkan parti.

Kalau diikut cukuplah sekadar menghantar Ketua Setiausaha …

Jangan Percaya Cerita Hasutan, Kalau Kena Saman Pembuat Cerita Tidak Tolong Bayarkan.

Image
Seronok sangat kita mahu kongsi cerita yang dibuat oleh pihak pakatan pembangkang. Tanpa semak dan tanpa selidik, terus percaya sahaja. Kemudian buat gossip dan tuduhan yang bukan bukan di Whatsapp, Facebook dan Twitter.

Kalau kena saman, pembawa cerita hendak tolong bayarkan? Tidak sama sekali.

Kata orang tua-tua, siakap senohong gelama ikan duri. Jangan sebar cerita bohong, nanti kena diri sendiri.

Mungkin peribahasa ini sesuai untuk dikaitkan dengan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Dalam dunia politik Malaysia hari ini, nama Rafizi cukup dikenali sebagai Raja Fitnah nombor satu dalam Malaysia. Sudah buat lebih daripada 27 fitnah kesemuanya. Masih ada tiga lagi kes mahkamah tentang fitnah.

Rafizi sendiri mempunyai simpanan lebih setengah juta ringgit dalam Tabung Haji, tapi dia buat fitnah pada Tabung Haji.

Dapat dividen dan untung dari simpanan di Tabung Haji dan Kwsp, tapi buat cerita kata dua agensi itu hendak bankrup dan muflis. Kalau bankrap, Rafizi pun tidak akan dapat div…

Rafizi Jangan Cuba Sembunyikan Hakikat Felda Dan Kerajaan Ada Duit

Image
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sudah kering idea. Beliau hanya mampu menuduh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memberi gula-gula kepada peneroka dan cuba mempersoalkan dari mana datangnya sumber wang itu.
Pelik betul Rafizi ni. Bila kerajaan melakukan sesuatu yang memberikan manfaat kepada peneroka Felda, beliau sibuk pula mempertikaikannya.
Sedangkan enam insentif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 adalah bagi kepentingan peneroka sendiri.
Tapi malangnya, kerajaan dituduh mencuri duit.
Bukannya Rafizi dan pembangkang lain tidak tahu bahawa Felda sudah memulakan operasi dalam bidang perladangan sejak tahun 1956 dan mereka sudah berjaya menghadapi cabaran  demi cabaran hingga ke tahap seperti hari ini.
Bukan itu sahaja, Rafizi meminta Perdana Menteri memperincikan sumber dana yang digunakan untuk melunaskan insentif berkenaan yang kesemua berjumlah kira-kira RM1.4 bilion.
Hasil dari pelaburan, perladangan da…

Projek MRT beri impak positif kepada masyarakat sekitar

Image
KUALA LUMPUR, 24 JULAI – Pelaksanaan Projek Transit Massa (MRT) telah memberi impak positif kepada bukan sahaja penggunanya malah setiap lapisan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata impak positif tersebut termasuk pengurangan kenderaan yang memasuki ibu negara selain perkhidmatan bas perantara.

Ujar beliau lagi, infrastruktur seperti jalan raya turut ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada masyarakat setempat.

“Melalui pembinaan projek MRT ini, beberapa kemudahan dan infrastruktur juga telah ditambah baik. Ini termasuk jalan-jalan utama di Kajang seperti Jalan Cheras dan Jalan Reko yang telah ditambah baik dengan penambahan daripada dua lorong kepada empat lorong dan penurapan semula jalan bagi keselesaan pengguna jalan raya.

“Pembinaan hentian bas perantara dan teksi turut tidak dilupakan bagi memastikan kesinambungan jaringan pengangkutan yang efisyen dapat direalisasikan.

“Malah, di Sungai Buloh dan Kajang, skop kerja MRT ini termasuk penambahbaikan f…

BILA PULA NABI PELUK ISLAM ???

Image
Hari ini lahir begitu ramai penceramah selebriti melalui berbagai program anjuran stesen TV. Ini satu perkembangan yang memberangsangkan dalam mendidik ummah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

MALANGNYA dalam perlumbaan menempa nama dan mengumpul pengikut, pelbagai pendekatan ditampilkan. Ada yang dilihat agak berlebihan dalam menyelitkan unsur lawak dan nyanyian.

Tidak kurang juga tabiat mereka-reka riwayat atau mencipta analogi yang tidak benar dan mengelirukan semasa berceramah. Lebih bahaya apabila ia menyentuh sirah para Nabi yang seharusnya dipastikan benar dan terpelihara.

Sebelum ini telah kami kongsikan ucapan yang bagi kami agak berat impaknya terhadap fakta teologi apabila seorang penceramah selebriti menyebut surah ke 9, At-Taubah itu diturunkan semasa perang. Oleh itu beliau katakan bahawa ALLAH terlupa untuk menurunkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIM bersama surah itu.

ASTAGHFIRULLAH... MAHASUCI ALLAH DARI SIFAT 'PELUPA'...

Mungkin penceramah ini ingin katakan baha…

Pelancaran Buku Dasar Keselamatan Negara

Image
PUTRAJAYA , 19 JULAI– PM Najib pada hari ini telah melancarkan buku Dasar Keselamatan Negara selepas Mesyuarat Jemaah Menteri. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh TPM DS Zahid Hamidi, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak.


Pada 19 Oktober 2015, Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengurusan keselamatan negara akan ditransformasikan menerusi penggubalan Akta MKN dan menggubal DKN. Penggubalan DKN ini adalah selaras dengan Akta MKN 2016 yang telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2016. DKN ini telah diluluskan oleh Sidang MKN pada 20 September 2016 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari 2017.


Kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa dilindungi dan terus dipelihara. Sembilan nilai teras negara yang ditetapkan dalam DKN:


Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, Kestabilan Sosio-Polit…

DAP berhenti bercakap yang sia-sia, Selesaikan Dulu Isu Pemilihan CEC & Skandal Rasuah

Image
Dua isu ini sekarang adalah liabiliti terbesar DAP. Dua dosa besar DAP pada rakyat. Dosa rasuah ditanggung seumpama batu besar di atas kepala Guan Eng. Dosa pemilihan CEC ditanggung di atas kepala Kit Siang.

Selagi dua perkara ini gagal diselesaikan, DAP tidak usah cakap banyaklah. Dua dosa besar ini, puncanya adalah DAP sendiri. Jangan putar belit dan tuding jari pada orang lain lagi. Umpama telunjuk lurus, kelingking berkait.

Jika tidak merasuah, maka lawanlah secara undang undang di mahkamah. Jika betul, kepimpinan DAP yang diketuai Kit Siang diterima ahli DAP, maka adakanlah pemilihan dalam DAP. Apa yang hendak ditakutkan?

Kalau Kit Siang dan Guan Eng seorang Kristian yang baik, tentu sekali mereka berdua tahu, dua ayat yang disebut dalam Alkitab Amsal ini tentang sifat penipu dan berbohong.

“Roti hasil tipuan sedap rasanya, tetapi kemudian mulutnya penuh dengan kerikil (Amsal 20:17)”.

Tipu daya ada di dalam hati orang yang merencanakan kejahatan (Amsal 12:20)”.

Teresa Kok boleh bantu m…

" Seludup " Roti dalam bagasi

Image
Dalam banyak-banyak buah tangan yang selalu dibeli, roti kiranya yang paling unik, yang mesti dibeli tiap kali ke Kuala Lumpur.

Memang kegemaran dan sedap roti Gardenia, lagi-lagi masa lapar, boleh pakai isi perut tahan kelaparan. “Sungguh enak dimakan begitu saja”.

Kalau kawan-kawan mendapat tahu ada yang akan ke Semenanjung, memang kena kirim membeli roti Gardenia untuk dibawa pulang.

Dulu kalau tidak silap memang tidak ada dijual roti Gardenia ini di Sabah dan Sarawak.

Sekarang mungkin di sebahagian tempat terutama bandaraya utama di Sabah dan Sarawak sudah boleh dijumpai. Namun harga rotinya memang mahal.



Pernah sekali ketika saya sedang menunggu penerbangan ke Sarawak di KLIA 2,  terserempak dengan seorang rakan guru Semenanjung yang mahu ke Sarawak.

Sudah boleh agak penumpang ini mahu ke Sarawak sebab beg plastik yang penuh dengan roti Gardenia di tangan beliau. Tersenyum juga saya ketika itu.

Saya pun bertanya “Banyaknya roti Gardenia cikgu beli?”

“Beli untuk guru dan murid sek…

Ribuan Peneroka Limpahi Putrajaya, Ekspresikan Kejayaan 60 Tahun FELDA

Image
Bermula dengan 28 orang peneroka, tanah diteroka secara bersama di Felda Lurah Bilut kini nama Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sudah gah di mata dunia.

Felda sedang melakar kejayaan  sejak ia wujud selama 60 tahun yang lalu untuk membina generasi masa depan yang lebih cemerlang.

Pada 1 April 1958, FELDA telah mengemukakan cadangan pembangunan di Lurah Bilut secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Pahang.  Lurah Bilut kemudiannya, dirasmikan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri kedua.

Kalau hendak diikutkan Lurah Bilut ialah rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian pertama yang ditubuhkan di Malaysia dan di seluruh dunia. Kumpulan peneroka pertama pada masa itu terdiri daripada orang yang sebelum itu berasal dari pelbagai negeri di Malaysia.

Dengan tradisi "roll call" setiap awal pagi, dan pelbagai kenangan pahit manis membangunkan tanah, kini FELDA sudah tidak seperti dulu lagi. Kejayaan yang dicipta amat banyak sekali.

Pada…