Pelancaran Buku Dasar Keselamatan Negara



PUTRAJAYA , 19 JULAI– PM Najib pada hari ini telah melancarkan buku Dasar Keselamatan Negara selepas Mesyuarat Jemaah Menteri. Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri oleh TPM DS Zahid Hamidi, Menteri-Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perkhidmatan Awam, Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Perkhidmatan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah & Sarawak.


Pada 19 Oktober 2015, Kerajaan telah mengumumkan bahawa pengurusan keselamatan negara akan ditransformasikan menerusi penggubalan Akta MKN dan menggubal DKN. Penggubalan DKN ini adalah selaras dengan Akta MKN 2016 yang telah berkuatkuasa pada 1 Ogos 2016. DKN ini telah diluluskan oleh Sidang MKN pada 20 September 2016 dan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari 2017.


Kerajaan bertanggungjawab memastikan keselamatan rakyat dan negara sentiasa dilindungi dan terus dipelihara. Sembilan nilai teras negara yang ditetapkan dalam DKN:


Kedaulatan dan Keutuhan Wilayah, Kestabilan Sosio-Politik, Kesepaduan Nasional, Tadbir Urus Yang Baik, Keutuhan Ekonomi, Keadilan Sosial, Pembangunan Mampan, Keselamatan Rakyat dan Pengiktirafan Antarabangsa perlu dipertahankan melalui 20 strategi utama.  Ini memastikan Malaysia bebas dari segala bentuk ancaman, fizikal dan mental.


Melalui DKN ini, rakyat akan lebih memahami, menilai, menghayati malahan bersedia untuk berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Rakyat perlu memberikan sokongan, berganding bahu dan bekerjasama dengan kerajaan bagi menjamin kelangsungan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA