Projek MRT beri impak positif kepada masyarakat sekitar



KUALA LUMPUR, 24 JULAI – Pelaksanaan Projek Transit Massa (MRT) telah memberi impak positif kepada bukan sahaja penggunanya malah setiap lapisan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata impak positif tersebut termasuk pengurangan kenderaan yang memasuki ibu negara selain perkhidmatan bas perantara.

Ujar beliau lagi, infrastruktur seperti jalan raya turut ditambah baik bagi memberi keselesaan kepada masyarakat setempat.

“Melalui pembinaan projek MRT ini, beberapa kemudahan dan infrastruktur juga telah ditambah baik. Ini termasuk jalan-jalan utama di Kajang seperti Jalan Cheras dan Jalan Reko yang telah ditambah baik dengan penambahan daripada dua lorong kepada empat lorong dan penurapan semula jalan bagi keselesaan pengguna jalan raya.

“Pembinaan hentian bas perantara dan teksi turut tidak dilupakan bagi memastikan kesinambungan jaringan pengangkutan yang efisyen dapat direalisasikan.

“Malah, di Sungai Buloh dan Kajang, skop kerja MRT ini termasuk penambahbaikan fasiliti stesen KTM di mana bangunan stesen yang baru telah dibina untuk KTM,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan lisan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang meminta Perdana Menteri menyatakan impak sistem MRT.

Tambahnya, MRT Corp juga tidak pernah mengabaikan kesulitan dan ketidakselesaan yang dihadapi oleh mana-mana pihak yang terkesan sepanjang pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, MRT Corp sentiasa bertanggungjawab terhadap sebarang aduan dan kerosakan yang telah dibuktikan disebabkan pembinaan projek MRT itu.



Merdeka Online


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA