HMS Prince of Wales, Tanah Melayu & Kemerdekaan



Ini adalah Kapal Perang HMS Prince of Wales yang karam dalam serangan udara oleh Tentera Jepun pada 10 Disember 1941 di Kuantan Pahang.

Kapal Perang Kelas King George V ini adalah antara kebanggaan British yang mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi kepada negara dan bangsa kita.

Diatas kapal inilah Piagam Atlantik ditandatangani pada 14 Ogos 1941 antara Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill di Teluk Placentia, New Foundland.

Disebabkan Piagam inilah British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada kita, sekalipun ketika itu ekonomi United Kingdom betul-betul bergantung kepada Tanah Melayu. United Kingdom selepas Perang Dunia Kedua, hampir muflis, dan ekonominya diselamatkan oleh hasil bumi dan pertanian Tanah Melayu.

Piagam Atlantik ini mengandungi 8 Perkara iaitu  :-

1 - British dan Amerika hendaklah menghentikan perluasan wilayah atau jajahan.

2 - Pengaturan satu-satu wilayah mestilah berdasarkan kehendak rakyat wilayah tersebut.

3 - Semua rakyat (wilayah jajahan) mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri

4 - Sekatan Ekonomi mestilah dikurangkan.

5 - Memajukan kerjasama ekonomi global dan peningkatan kebajikan sosial.

6 - Berusaha kearah dunia yang berkehendakan kebebasan dan ketakutan

7 - Berusaha kearah Laut yang bebas

8 - Perlucutan senjata selepas perang.

Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill atas kapal HMS Prince of Wales in 1941


Piagam ini dengan jelasnya memeterikan kerjasama dan sokongan Amerika terhadap British semasa Perang Dunia Kedua, dan kandungan-kandungan perjanjian ini mestilah diikuti selepas kekalahan Nazi Jerman. Amerika secara rasminya menyertai Perang Dunia Kedua 4 bulan kemudiannya selepas serangan di Pearl Harbor pada 7 Disember 1941.

Akibat dari perjanjian ini, British terpaksa memerdekakan jajahan-jajahannya sekiranya diminta oleh rakyat negara/jajahan berkenaan. Sekalipun British cuba memainkan pelbagai muslihat untuk menghalang kemerdekaan Tanah Melayu, tetapi kesungguhan, ketegasan dan kesanggupan Bapa-Bapa Kemerdekaan kita, akhirnya menghasilkan Kemerdekaan Mutlak untuk kita.



Artikel asal : FB/Azanisham Samat



Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

GhuangZhou Haramkan Matawang Kripto