Penghapusan DEB - kesannya kepada bangsa MELAYU



Ramai dikalangan kita yang membandingkan keadaan ekonomi ketika zaman Tun Dr Mahathir dengan zaman Dato' Sri Najib Tun Razak....

Kita perlu akui salah satu JASA Tun Dr Mahathir adalah memaksimakan potensi Dasar Ekonomi Baru ke peringkat optimal semasa pentadbiran beliau.

Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990 dan disebabkan kestabilan politik ketika itu, Tun Dr Mahathir telah menyambung dasar tersebut selama 10 tahun lagi dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan beberapa "pengorbanan" seperti menamatkan pembukaan Tanah Rancangan Felda dan pengambilan peneroka Felda baru. Selain itu, beliau juga terpaksa "mengorbankan" dasar quota ke Universiti Awam dan mengurangkan biasiswa-biasiswa ke universiti dan digantikan dengan PTPTN yang terbuka kepada semua kaum:- bagi memperolehi kompromi dengan bangsa-bangsa lain.

Semasa era DEB dan DPN, kerajaan "dibenarkan" untuk memonopolikan projek-projek pembangunan kepada bumiputera sahaja. Ini menyebabkan kerajaan perlu berbelanja lebih bagi memastikan projek-projek besar dan kecil dibolot oleh bumiputera. Zaman ini memperlihatkan percambahan ketara kontraktor-kontraktor bumiputera dalam pelbagai bidang :- ramai yang bergelar JUTAWAN segera "berkat" projek-projek ini.

Limpahan nikmat DEB dan DPN ini bukan hanya dinikmati oleh bumiputera tetapi oleh kaum cina terutamanya pembekal-pembekal peralatan pembinaan, elektrik dan lain-lain. Ini menyebabkan ekonomi berkembang dengan pesat dan pantas pada era ini.

Semasa era DEB dan DPN juga, harga rumah dapat dikekalkan rendah apabila kerajaan mengenakan syarat untuk pembinaan rumah kos rendah kepada kontraktor-kontraktor bumiputera yang berkerjasama dengan agensi kerajaan seperti PKNS dan lain-lain. Selain itu, dasar ini bertujuan untuk meningkatkan pemilikan hartanah oleh bumiputera terutamanya di bandar-bandar.

Dasar subsidi juga satu mekanisme penting bagi memastikan rakyat terutamanya bumiputera dapat mengurangkan kos kehidupan sekaligus membolehkan rakyat mempunyai lebihan tunai bagi membeli barangan kehendak.

DEB dan DPN juga menyebabkan "penundaan" cukai-cukai yang sepatutnya dikenakan kepada rakyat seperti GST atas alasan membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang kemiskinan.

Dasar Perindustrian dan Penswastaaan oleh Tun Dr Mahathir juga menyebabkan rakyat berpeluang untuk mempunyai pekerjaan dalam sektor berkenaan sekaligus mengurangkan kebergantungan pekerjaan dalam bidang pertanian. Dasar Penswastaan memastikan gaji yang diperolehi adalah lumayan sekaligus mengurangkan bebanan kerajaan untuk membayar gaji agensi-agensi yang berkenaan seterusnya memastikan kerajaan mempunyai lebihan dana bagi menggajikan lebih ramai kakitangan awam.

Agensi-agensi seperti LLN, LPN, JBA dan lain-lain diswastakan bagi memberi peluang untuk bumiputera meningkatkan ekuiti perniagaan bagi merapatkan perbezaan pemilikan ekuiti dengan bukan bumiputera.

Akhirnya, akibat desakan politik dari pembangkang dan komponen Barisan Nasional, kerajaan hari ini beransur-ansur mengurangkan perlaksanaan DEB. Ketidak-stabilan politik ini menyebabkan parti pemerintah tidak mampu (baca berani) untuk meneruskan dasar-dasar seperti sebelum ini.

Sekalipun, DEB dan DPN digubal untuk bumiputera, tetapi limpahan nikmatnya dinikmati oleh semua kaum terutamanya oleh kaum Cina yang cukup lantang mahukan DEB ditamatkan sepenuhnya. Hasilnya ekonomi hari ini menyaksikan kemurungannya apabila projek-projek bumiputera semakin sedikit dan kerajaan juga bertindak meliberalisasikan ekonomi dengan turut membuka peluang kepada syarikat-syarikat asing:- sama seperti zaman sebelum DEB.....

PADAN MUKA KORANG YANG NAK SANGAT DEB DIMANSUHKAN





Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

GhuangZhou Haramkan Matawang Kripto