Posts

Showing posts from October, 2017

BR1M tidak baik untuk negara ?

Image
Bantuan Rakyat 1 Malaysia ( BR1M ) bukan bantuan untuk rakyat miskin. Ia adalah bantuan kepada kelompok B40 bagi mengurangkan beban perbelanjaan keperluan asas. 2. Apakah B40? B40 bukan umur bawah 40 tahun. Ia merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan bawah RM 3,900.00 sebulan. 3. Mengapa BR1M diberikan kepada kumpulan ini? BR1M diberikan kepada kumpulan ini sebagai sebahagian daripada dasar rasionalisasi subisidi. 4. Apabila kerajaan memutuskan untuk menghapuskan subsidi pukal kepada barangan seperti gula, petrol dan beberapa lagi barangan keperluan asas,maka kerajaan yang prihatin mengambil kira pertambahan bulanan " perbelanjaan dapur " isi rumah akibat ketiadaan subsidi. 5. Atas sebab itu, kerajaan memberi BR1M kepada rakyat berpendapatan bawah RM 3,900.00. 6. Apabila GST diperkenalkan, kerajaan sedar ia menyebabkan inflasi biarpun banyak barang keperluan tidak dikenakan GST. 7. Justeru sekali lagi kerajaan menaikkan kadar bayaran BR1M untuk mengimba

Kisah sebenar Peter Bellew

Image
Ya, puak puak pembangkang pantang ada sahaja ruang, semua benda mereka hendak pusing. Semalam, mereka sudah mula reka cerita macam macam pasal Peter Bellew, CEO Mas. Pasal Syed Saddiq tidak pula mereka hendak ambil tahu? Buat tuduhan RM5 juta pada 4 Oktober, sesudah dua minggu baru pergi buat laporan pasal tuduhan itu. Nampak sangatlah, taktik menipunya itu. Berbeza dengan kes Peter Bellew, CEO Mas ini. Peter Bellew ini balik berkhidmat semula dengan syarikat di tanahairnya, Ireland. Peter Bellew sudah menyatakan ; "Jadi mengapa saya pergi? Negaraku. Semangat cintakan negara menarik saya kembali ke Ireland. Saya mendapat panggilan daripada Ryanair dua minggu lalu. "Ia adalah syarikat terhebat Ireland. Mereka perlukan bantuan saya dan wujudnya cabaran besar. Ia adalah khidmat kepada negara" kata Peter Bellew. Malaysia Airlines Berhad (MAB) melantik Peter Bellew sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, menggantikan Christoph Mueller pada 1 Julai 2016.

Antara Integriti SPRM & Ketua Pengarah SPRM, Mana lebih penting ?

Image
Kita tidak tolak kemungkinan besar gambar berdua-duan Ketua Pengarah SPRM dengan apa yang dikatakan isteri orang adalah palsu atau agenda menjatuhkan beliau. Hanya pihak-pihak terbabit yang mengetahui kebenarannya. Namun adalah melucukan apabila sebahagian media dan tokoh masyarakat menyatakan serangan skandal KP SPRM sebagai serangan ke atas integriti SPRM. Media harus boleh membezakan antara integriti sebuah suruhanjaya dengan integriti individu. Dalam isu ini, integriti SPRM tidak terjejas kerana ia bukan skandal membabitkan organisasi tetapi merupakan skandal seorang individu. Menyatakan Tan Sri Zulkifli telah berjaya melakukan banyak tangkapan kes besar adalah satu permainan persepsi sahaja. Apa yang ada sekarang hanyalah kenyataan demi kenyataan mengenai tangkapan membabitkan berbilion ringgit dan menumpukan kepada ahli politik tertentu. Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang ini ialah menganjurkan “sarkas media” dengan memalukan individu-individu tertentu untuk

Agenda Kleptokrasi Makan Diri !!

Image
Walaupun dianjurkan di Padang Timur, Petaling Jaya yang terletak bersebelahan ibu pejabat PPBM, namun penganjuran demo yang diketuai Mahathir tetap juga gagal. Sampai merayu duit derma dari peserta untuk bayar " PA System ", begitulah teruknya demo anjuran Mahathir ini. Derma dikutip menerusi tabung tabung derma yang diletak logo DAP. Ke mana duit derma itu pergi akhirnya, tiada siapa pun yang tahu. Zaman Reformasi dahulu, Anwar Ibrahim memainkan agenda rasuah dan korupsi setiap kali berceramah menentang Mahathir. Perkataan rasuah dan korupsi sering menjadi zikir serangan utama Anwar ketika itu. Agenda korupsi itulah yang pembangkang guna untuk melawan kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi. Tidak kira DAP, PAS mahupun PKR, semua guna modal yang sama melawan BN ketika itu. Namun, apabila Mahathir menyertai pembangkang, idea yang sama digunapakai oleh bekas Perdana Menteri itu. Cuma diubah sahaja dari perkataan korupsi kepada kleptokrasi. Perkara yang sama, cuma u

RCI Forex : Siapa bakal ditangkap ?

Image
Panel Jawatankuasa Siasatan DiRaja (RCI) Forex telah pun mempersembahkan laporan dan penemuan mereka kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong tentang kehilangan atau kerugian RM31.5 bilion akibat urusniaga matawang asing oleh Bank Negara. Rakyat sudah pun tahu sejumlah RM31.5 billion hilang antara 1991 hingga 1994 tetapi tiada tindakan diambil kepada sesiapa pun. Rakyat juga sudah tahu sistem Bank Negara ketika itu tiada “check and balance”. Rakyat juga diberitahu terdapat pengolahan laporan untuk sembunyikan nilai sebenar yang hilang. Besar hajat rakyat agar mereka yang benar-benar tanggungjawab kepada kerugian itu dibawa ke pengadilan mahkamah. Ini adalah kerana Rakyat tidak boleh menerima keterangan “tidak tahu” dan “tidak ingat” yang diberi saksi-saksi penting yang telah dipanggil. Rakyat juga tidak yakin dengan keterangan Muhamad Nor Yackop yang mahu mengambil semua tanggungjawab seolah mahu menyelamat bekas ketuanya. Inilah yang membuat Tun M, Tun Daim dan Anwar Ibrahi