Antara Integriti SPRM & Ketua Pengarah SPRM, Mana lebih penting ?



Kita tidak tolak kemungkinan besar gambar berdua-duan Ketua Pengarah SPRM dengan apa yang dikatakan isteri orang adalah palsu atau agenda menjatuhkan beliau.

Hanya pihak-pihak terbabit yang mengetahui kebenarannya.

Namun adalah melucukan apabila sebahagian media dan tokoh masyarakat menyatakan serangan skandal KP SPRM sebagai serangan ke atas integriti SPRM.

Media harus boleh membezakan antara integriti sebuah suruhanjaya dengan integriti individu.

Dalam isu ini, integriti SPRM tidak terjejas kerana ia bukan skandal membabitkan organisasi tetapi merupakan skandal seorang individu.

Menyatakan Tan Sri Zulkifli telah berjaya melakukan banyak tangkapan kes besar adalah satu permainan persepsi sahaja.

Apa yang ada sekarang hanyalah kenyataan demi kenyataan mengenai tangkapan membabitkan berbilion ringgit dan menumpukan kepada ahli politik tertentu.

Apa yang dilakukan oleh SPRM sekarang ini ialah menganjurkan “sarkas media” dengan memalukan individu-individu tertentu untuk menaikkan imej SPRM.

Maka ditumpukan kes-kes politik melebihi kes rakyat.

Hari ini dadah sudah menjadi satu wabak yang sangat menakutkan walaupun kita ada hukuman gantung.

Apakah anda percaya tiada rasuah ketika berleluasanya pengedaran dadah?  Namun ini bukan kerja glamour dan mudah. SPRM tidak begitu berminat.

Berbalik kepada skandal yang didakwa fitnah ini. Jika benar tuduhan tersebut, ia merupakan satu kesalahan dari sudut undang-undang negara dan agama.

Tidak boleh kerana SPRM menyiasat beberapa kes besar semasa di bawahnya, maka ia menjadikan beliau kebal undang-undang. 

Tidak patut sama sekali  jika ada menteri sokong KP SPRM membuta tuli kerana takut jadi  sasaran SPRM.

SPRM bergerak sebagai satu pasukan bukan kerana kehebatan individu. Justeru tidak boleh kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Oleh kerana Polis menyatakan telah membuka fail siasatan, maka jika benar beliau ada integriti, langkah pertama ialah mengambil cuti sehingga siasatan selesai.

Tidak manis beliau bercakap soal integriti orang lain sedangkan beliau sendiri tidak memimpin melalui teladan.


Sumber  :  Ab Jalil Backer

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA