Kisah sebenar Peter Bellew

Ya, puak puak pembangkang pantang ada sahaja ruang, semua benda mereka hendak pusing. Semalam, mereka sudah mula reka cerita macam macam pasal Peter Bellew, CEO Mas.

Pasal Syed Saddiq tidak pula mereka hendak ambil tahu? Buat tuduhan RM5 juta pada 4 Oktober, sesudah dua minggu baru pergi buat laporan pasal tuduhan itu. Nampak sangatlah, taktik menipunya itu.

Berbeza dengan kes Peter Bellew, CEO Mas ini. Peter Bellew ini balik berkhidmat semula dengan syarikat di tanahairnya, Ireland. Peter Bellew sudah menyatakan ;

"Jadi mengapa saya pergi? Negaraku. Semangat cintakan negara menarik saya kembali ke Ireland. Saya mendapat panggilan daripada Ryanair dua minggu lalu.

"Ia adalah syarikat terhebat Ireland. Mereka perlukan bantuan saya dan wujudnya cabaran besar. Ia adalah khidmat kepada negara" kata Peter Bellew.

Malaysia Airlines Berhad (MAB) melantik Peter Bellew sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, menggantikan Christoph Mueller pada 1 Julai 2016.

Pelantikan Bellew adalah untuk membantu pelan pemulihan MAB berjalan dengan baik. Ini kerana Bellew mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan selama 20 tahun termasuk mengendalikan syarikat penerbangan tambang murah Eropah, Ryanair Limited.

Sebelum pulang berkhidmat ke negaranya, Bellew telah melakukan khidmat dengan baik bersama MAS. Ada satu gambar memaparkan Bellew sambut sendiri jemaah haji yang balik dari Mekah. Lihat pautan ini,

Bellew juga berjaya meningkat hasil Malaysia Airlines pada kadar empat hingga lima peratus setiap bulan untuk kembali membuat keuntungan secepat mungkin. Malah pada suku kedua tahun ini, meningkat hingga tujuh peratus.

Pada zaman Mahathir, syarikat penerbangan ini tenat. Kena "bail out" pun masih rugi lagi. Jadi apa yang Bellew buat semasa dalam fasa pemulihan MAS sejak Julai tahun lepas adalah sesuatu yang lebih baik berbanding zaman Mahathir dulu.

Semasa Bank Negara hilang duit sampai RM32 billion, Mahathir telah minta Bank Negara untuk menjual kepentingan MAS kepada Tajuddin Ramli MHS dengan nilai RM8 sesaham (sedangkan harga pasaran adalah RM3.50) untuk membuat keuntungan serta-merta pada tahun 1993. Jual saham sebab hendak "cover" kerugian urusniaga forex.

Itulah sebabnya Tajuddin Ramli mengatakan beliau telah diminta untuk melakukan khidmat negara ketika itu.

Selepas MHS mengambil alih, prestasi MAS jatuh dan mengalami kerugian yang besar sehingga ia perlu ‘bail out’ dan diselamatkan banyak kali oleh kerajaan.

Peter Bellew meninggalkan MAS untuk pulang berkhidmat di negaranya. Pemulihan terhadap MAS sudah dilaksanakannya. Bellew juga menjawab tuduhan tuduhan Mahathir terhadap MAS sebelum ini. Rujuk di SINI.

Jadi usahlah buat spekulasi lagi pasal Bellew. Yang masih rakyat tidak tahu adalah mengenai wang RM32 billion ini? MAS pun turut sama melingkup dulu kerana skandal RM32 billion ini.

Takkanlah jawab "tidak tahu" sahaja? Jawablah ke mana duit itu hilang? Kalau Mahathir sudah arah Tajuddin beli saham MAS, bermakna Mahathir tahu pasal kerugian forex. Tajuddin sudah sahkan Mahathir berbohong mengenai RM32 billion ini.



Sumber :

Beruang Biru
BB621, Khamis
19 Oktober 2017

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA