SYED SADIQ HINA SULTAN SELANGOR !!



Surat terbuka kepada pemerintah adalah sama seperti menghina pemerintah. Untuk apa isi hati, nasihat atau teguran seseorang kepada pemerintah perlu diketahui oleh orang lain.

Bukankah isi kandungannya boleh diguna oleh kelompok Khawarij untuk menghasut dan menghina pemerintah? Atau sememangnya itulah tujuan penulis?


Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:

"Barang siapa ingin menasihati seorang pemimpin maka janganlah dia 
menampakkan secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah dia 
mengambil tangan pemimpin tersebut dan menyendiri dengannya.

Jika dengan itu, dia menerima (nasihat) darinya maka itulah 
(yang diinginkan,) dan jika tidak menerima maka dia (yang menasihati) 
telah melaksanakan kewajipannya."

[Sahih, HR. Ahmad, Ibnu Abu Ashim dan yang lain, disahihkan oleh asy-Syaikh al-Albani dalam Zhilalul Jannah, no. 1096—1098].

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan,

"Adapun menasihati para pemimpin kaum muslimin ertinya 
membantu mereka dalam kebenaran, mentaati mereka 
dalam kebenaran, dan memerintahkan mereka untuk itu, serta 
mengingatkan mereka dengan lemah lembut dan memberitahu mereka 
tentang hak-hak kaum muslimin yang mereka lalaikan dan belum 
sampaikan kepada kaum muslimin.

Termasuk nasihat kepada mereka adalah tidak melakukan 
pemberontakan kepada mereka serta 
MELUNAKKAN HATI MANUSIA AGAR TAAT 
kepada mereka."

[Syarah Sahih Muslim, dinukil dalam al-Wardul Maqthuf, hlm. 72 dan lihat hlm. 74].

Merujuk kepada kenyataan Imam an-Nawawi, sepatutnya hati Tun Madey yang perlu dilunakkan agar mentaati pemerintah. Bukan hati pemerintah yang perlu dilunakkan untuk taat kepada Tun Madey.

Kenyataan "Fight For Us Tuanku.." adalah sangat kontradik.

Baginda Sultan berada di atas politik. Sultan dan raja tidak akan berjuang untuk mana-mana parti politik.

Jika sultan menurut perintah Syed Sadiq, bukankah bermaksud Sultan akan memihak kepada Pakatan Harapan untuk menjatuhkan seterunya UMNO?

Bukankah ayat itu bermaksud selama ini UMNO menindas rakyat dan Sultan pula tidak melakukan apa-apa?

Jika yang dimaksudkan UMNO menindas, itu jelas fitnah, kerana rakyat masih memilih UMNO.

Jika dia memaksudkan Sultan tidak melakukan apa-apa ia juga adalah fitnah kepada baginda Sultan. Ia jelas treason, pengkhianatan kepada sultan dan raja-raja.

 Jika Syed Sadiq konar menyatakan Sultan tidak perlu mewakili mana-mana parti politik, hanya mewakili rakyat, siapa yang akan naik menjadi PM? Sistem apa yang sedang dimaksudkan tu? Bukankah syarat-syaratnya mesti melalui parti politik, pilihanraya dan sebagainya?

Parti politik itu sendiri adalah rakyat. Hanya jenama yang berbeza. Ada yang Pro Pemerintah dan lagi satu Pro Khawarij.

 "Tidak mewakili parti.." tetapi "Fight For Us..". Dan surat pula berkenaan dengan pembelaan kepada Tun Madey Pengerusi Pakatan Haranap. Merapu apa Syed Sadiq?

Bagaimana dia ni boleh dapat tawaran ke Oxford?

Tun Madey bukan pemerintah, hanya sekadar bekas pemerintah. Statusnya sama seperti kita, rakyat biasa. Cuma kita lebih mulia kerana masih taat pemerintah. Dia pula sudah tersampuk dengan syaitan Khawarij. Dalil kata Khawarij ni makhluk paling keji di atas muka bumi, rujuk Fathul Bari XII/282.

Jangan keliru, ketaatan kita sebagai rakyat adalah kepada pemerintah. Bukan kepada bekas pemerintah.

Menulis surat terbuka kepda Sultan Selangor demi membela Tun Madey adalah 
tindakan keliru Syed Sadiq. Bahkan ia adalah menghina 
baginda Tuanku Sultan. Mungkin boleh dipertimbangkan 
untuk diambil tindakan kepadanya.


Sumber  :  Abu Aqif

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

GhuangZhou Haramkan Matawang Kripto