Posts

Showing posts from January, 2018

Pertikai Jemaah Haji 1MDB, Mahathir Buat Kerja Tuhan

Image
Tidak habis-habis nak pertikaikan ibadah orang lain. Minggu lepas, Mukhriz telah ditegur oleh mufti kerana mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke dalam Kaabah, kini giliran bapanya pula, Mahathir pertikai jemaah haji 1MDB yang pergi Mekah. Mahathir mendakwa duit yang diguna jemaah haji 1MBD pergi haji adalah duit curi. Mahathir kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji. Mahathir buat tuduhan terbaru itu ketika berceramah atas pentas DAP di Pendang pada hari Sabtu lepas. Entah kenapa Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk apabila mendengar mengenai 1MDB hinggakan jemaah haji yang langsung tiada kena-mengena dalam isu itu dikatakan tidak  mendapat haji mabrur. Disebabkan marah sangat dengan Perdana Menteri, beliau sanggup memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de­ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB. Teruk sangat perumpaan yang Ma