Posts

Showing posts from August, 2018

GhuangZhou Haramkan Matawang Kripto

Image
Guangzhou dilaporkan mengharamkan semua acara promosi yang berkaitan dengan mata wang kripto. Beberapa pemerhati China yang terkenal dan pihak berkuasa termasuk pusatnya telah mengecam ICO, satu bentuk pengumpulan dana secara radikal dijana oleh mata wang kripto yang telah diharamkan di China, dan crowdfunding kripto haram yang lain. Penyelaras memberi amaran bahawa pengendali yang menggunakan istilah seperti "inovasi kewangan" atau "blockchain" untuk mendapatkan pelaburan sebenarnya melakukan "penipuan, skim piramid". Kalau di Malaysia buat begini, pasti banyak skim yang berselindung di sebalik mata wang kripto susah nak berkembang dan bercambah bagai cendawan selepas hujan. Sumber : https://www.ccn.com/china-crackdown-after-beijing-guangzhou-hub-bans-cryptocurrency-events/amp/

KHUTBAH RAYA AIDILADHA BERUNSUR FITNAH

Image
PASIR MAS - Kepimpinan Parti Amanah Kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas membuat laporan polis berhubung teks khutbah Hari Raya Aidiladha minggu lalu yang didakwa memfitnah Kerajaan PH menyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Laporan polis itu dibuat oleh wakilnya Mohd Ridzuan Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini yang turut disertai oleh 20 penyokong parti berkenaan. Mohd Ridzuan berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung teks khutbah yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas. "Khutbah tersebut berbunyi: apa yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini munculnya suara-suara sumbang daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan negara beragama Islam yang semakin berani mencabar ketuanan Islam di negara ini. "Teks tersebut juga menyebut keterlibatan dalam aktiviti hubungan sejenis yang songsang atau menukar jantina sama lelaki kepada perempuan atau

NAJIB VS MAHATHIR

Image
Perbandingan antara khidmat Najib Razak & Mahathir. Yang kaya jangan baca nanti anda tidak percaya kerana anda tidak pernah mendapatkannnya. Bacaan ini untuk orang miskin sahaja..... BEZA ZAMAN MAHATHIR( Selama 22 thn jadi PM) DAN ZAMAN NAJIB..   PTPTN . -Mahathir: interest 4% -Najib : Interest 1% * Zaman najib maintain bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai ptptn sekaligus dapat diskaun 20%   TOL . -Mahathir: Tol naik 5% setiap 3 tahun -Najib : Pembinaan highway pan borneo, highway KL-Kelantan melalui merapoh, highway bertingkat rawang semua bebas tol.   PENGANGKUTAN AWAM . -Mahathir : Tambang ERL naik 10% setiap 5 tahun. -Najib : kerajaan beri subsidi untuk  tambang MRT. ISA -Mahathir : seramai 1200 orang ditahan bawah ISA -Najib : Hapus ISA  HUTANG NEGARA . -Mahathir: 103% -Najib: 54%  LEBUHRAYA PANTAI TIMUR. -Mahatir: Menghentikan pembinaan LPT bila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan -Najib: Meneruskan projek LPT ke T

Mahathir Mahu Robohkan Tembok China MCKIP

Image
Selepas pulang dari negara China minggu lalu, Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu robohkan tembok ‘besar’ di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP). Sebelum PRU14, Tun Mahathir pernah ke sana untuk membuat video dengan mendakwa tembok ini mengelilingi seluruh MCKIP. Oleh kerana video Tun Mahathir itu, ramai yang menuduh saya telah kononnya ‘jual negara’ kepada negara China. " Saya ada membaca tiga hari lalu akan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, akhirnya mengesahkan bahawa tembok ini hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian sebagaimana tuduhan Tun Mahathir. " Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan. Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH. " YB

Zunar Serang Mahathir

Image
Kartunis penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), Zunar mula menunjukkan kritikan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kartunnya yang tersebar hari ini di media sosial. Kartun tersebut menggambarkan Mahathir melencong dari jalan “Malaysia baharu” dan menuju ke arah mempertahankan dan membina legasinya, termasuk Formula 1, jambatan bengkok, Khazanah dan “Proton 2.0” Kartunis politik yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Mahathir memerintah telah mula menunjukkan kritikan keras terhadap PH. Sebelum ini, Zunar mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang disifatkan mengutamakan hal-hal kecil seperti kasut hitam berbanding reformasi pendidikan yang lebih utama. Zunar menjadi musuh ketat Mahathir sejak era reformasi bermula 1998 apabila beliau menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga menerbitkan banyak buku kartun bertema kritikan terhadap Mahathir, antaranya Lagak Pak Mahat. Banyak kritikan melalui k