BAGAIMANA MENGENALI SEORANG PEMUJA WAHHABI ?
Ada beberapa ciri utama apabila kita melihat perdebatan atau perbincangan agama melibatkan Kumpulan Wahhabi dan Ahlu Sunnah wal jamaah. Di sini dinyatakan beberapa CIRI UTAMA untuk mengenal kumpulan Wahhabi berdasarkan hujjah-hujjah yang mereka gunakan dalam sesuatu perbincangan. 1. Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin. 2. Mengatakan Allah ada di langit dan bersemayam di atas Arasy. Dan ini adalah pegangan akidah mereka. 3. Membagi tauhid kepada tiga (Tauhid 3) iaitu: tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma' wa sifat. 4. Menolak amalan menyebut lafas niat solat (USOLLI). 5. Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat. 6. Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat. 7. Menolak zikir, wirid dan doa berjamaah setelah solat di masjid/musolla/tempat tertentu. Bagi mereka tidak ada wirid selepas solat fardhu secara berjamaah. 8. Menolak amalan membaca Yaasiin berjamaah pada malam Jumaat di