Posts

Showing posts from November, 2018

Kenangan Terindah #Bajet2019

Image
Suara pejuang-pejuang mahasiswa sudah tidak kedengaran. Bayang pun sudah entah ke mana. Saya rindu anda semua. PTPTN kita tak perlu sebutlah, sebab bukan setakat ditipu, lebih sengsara dengan dasar mereka kini. Ada yang beritahu saya, ini merupakan kenangan terindah sebagai pelajar. Betullah, kini hanya tinggal kenangan. Mereka beria meninggi hidung umumkan Bajet 2019 adalah " paling besar ". Ya, "paling besar", tapi apa sebenarnya yang ibu bapa, pelajar dan guru dapat? 1) RM250 subsidi pendidikan seperti Baucar Buku 1Malaysia atau KADS1M, tidak disebut. Rasanya kini tiada lagi. Kita tunggu Menteri buat u-turn. 2) Bantuan Makanan Prasekolah dipotong RM10 juta. 3) Bantuan Makanan Asrama dipotong RM100 juta 4) Biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid dipotong RM28 juta 5) Peruntukan biasiswa perguruan persekutuan dipotong RM6.5 juta 6) Bonus penjawat awam daripada RM1,500 tinggal RM500. Mungkin murid-murid dan guru termasuk dalam golonga

#BAJET2019 Mana bahagian pesawah, petani, peladang & nelayan

Image
Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar sekali pun. Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu. Bagi sektor pertanian secara keseluruhan, bajet 2019 kerajaan PH hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk R&D produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani. Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan. Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan i