Posts

Showing posts from March, 2019

Tok Mat , Ebit Lew & Meja Makan Asing

Image
Sebak tahun 2016 dulu, ada ceramah dekat Masjid Negeri Sembilan. Tok Mat duduk depan sekali. Masa tu beliau menteri besar. Tekun jer dengar. Katanya selalu dengar ceramah saya di radio dan youtube. Saya sangat minat dengar ceramah ustaz. Masa kami makan. Meja kami diasingkan di bahagian dalam bilik. Tok Mat ajak makan dekat luar bersama semua orang. Kita makan kena sama dengan semua orang. Saya malu makan asing dari orang lain. Sape kita ni nak lain dari orang lain. Kalau nak makan seorang baik makan dekat rumah jer. Betulkan ustaz. Sebak dengar begitu. Dulu Nabi saw selalu makan bersama hamba. Walau orang arab tak makan dengan hamba. Nabi saw sudi makan kenduri kecil yang dihadiri oleh hamba. Sekarang dah takde hamba. Nabi saw, Abu Bakr ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra kesemua mereka selalu iktikaf di Masjid. Berjalan malam cari orang susah miskin dan kuat berdakwah. Nabi saw sayang semua orang. Ingin lihat semua manusia bahagia dan masuk syurga. Pujuk manusia disiang hari k

SEKS, BANGSA MELAYU & KAHWIN MUDA

Image
Ingat lagi dengan Harry Pasir Belanda ? Yang buat resort chalet kat Jalan PCB tu. Ye, Lama jugak bambob kenal santa Klos tu. Ada masa free bambob pegi lepak kat chalet dia dan perati gelagat guest dia orang² putih yang datang ke sini sebagai pelancong dan pengkaji² adat budaya. Kerap juga bambob perati ada PASANGAN² MUDA yang travel ke sini. Umur lingkungan 20an pun ramai. Maka terdetiklah dalam kepala Otak ni " Bagaimana remaja mereka BERANI merantau ke sini dgn buku peta sebijik dan smartphone " Di sinilah bambob mula mengkaji apa kelebihan mereka dalam hal ini. Korang bagi duit puluh² ribu kat BamBob suruh pergi tempat orang duduk sebulan dua mati hidup balik bambob x pergi 😅. Untuk mengkaji kekuatan remaja mereka ini bambob tengok perangai mereka dalam movie² barat. Berjalan jauh memerlukan :- 1) Kesedaran 2) Kematangan. Dan antar faktor utama bangsa mereka cepat SEDAR & MATANG ialah melalui HUBUNGAN SEKS. Pada peringkat awal remaja mereka telah

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA

Image
Suasana politik negara dilihat semakin lama semakin tidak menentu. Saban hari rakyat dibebankan dengan pelbagai ragam dan perangai politikus sehingga para menteri tidak ada masa untuk memikirkan tentang ekonomi dan nasib rakyat. Politik terus bergolak, kos semakin meningkat. Suasana ini bertambah parah apabila kita dikejutkan dengan kenyataan LGE  bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO akan mewujudkan suasana 'perang' antara Melayu dengan bukan Melayu. Entah mimpi ngeri apa yang beliau alami sehingga terkeluarnya kenyataan yang berbentuk hasutan ini dari seorang pemimpin kanan kerajaan dan orang besar DAP. Lebih parah, ada juga pemimpin DAP lain mengatakan kerjasama PAS UMNO ini akan membentuk pemerintahan Taliban. Ini kenyataan seorang yang bangkrap idea. Kedua-dua kenyataan ini membayangkan bagaimana hipokrit dan chauvanisnya DAP yang kononnya memperjuangkan keharmonian semua kaum Malaysia tetapi bertindak sebaliknya.  Ini adalah merupakan politik longkang daripa