DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA
Suasana politik negara dilihat semakin lama semakin tidak menentu. Saban hari rakyat dibebankan dengan pelbagai ragam dan perangai politikus sehingga para menteri tidak ada masa untuk memikirkan tentang ekonomi dan nasib rakyat.
Politik terus bergolak, kos semakin meningkat.
Suasana ini bertambah parah apabila kita dikejutkan dengan kenyataan LGE bahawa kerjasama antara PAS dan UMNO akan mewujudkan suasana 'perang' antara Melayu dengan bukan Melayu. Entah mimpi ngeri apa yang beliau alami sehingga terkeluarnya kenyataan yang berbentuk hasutan ini dari seorang pemimpin kanan kerajaan dan orang besar DAP.
Lebih parah, ada juga pemimpin DAP lain mengatakan kerjasama PAS UMNO ini akan membentuk pemerintahan Taliban. Ini kenyataan seorang yang bangkrap idea.
Kedua-dua kenyataan ini membayangkan bagaimana hipokrit dan chauvanisnya DAP yang kononnya memperjuangkan keharmonian semua kaum Malaysia tetapi bertindak sebaliknya. Ini adalah merupakan politik longkang daripada seorang yang sudah ketandusan idea sehingga sanggup menghasut kebencian dalam kalangan rakyat teruatama masyarakat Cina.
Sudah pasti masyarakat Cina akan timbul rasa takut dan benci kepada orang Melayu dan inilah yang disukai oleh DAP. Mereka mendakwa PAS dan UMNO mengamalkan politik rasis tetapi sebaliknya merekalah yang menjuarainya.
Apakah bentuk kepimpinan sebegini yang rakyat mahukan?
Kalau kenyataan begini keluar dari seorang rakyat biasa maka implikasinya tidaklah besar, tetapi apabila ianya keluar dari pemimpin kanan negara dan seorang speaker dewan sudah pasti kesannya sangat tragis dalam konteks hubungan kaum. Malah jika tidak dibendung ianya boleh mengakibatkan peristiwa hitam 1969 berulang kembali.
Kematangan politik yang diharapkan oleh rakyat dari Malaysia Baharu umpama hampas yang sekadar menjadi makanan itik dan ayam dijalanan. Bentuk politik apa yang hendak dibawa dalam Malaysia Baharu tidak ada sesapa yg tahu jawapannya dan akan terus tinggal sebagai tanda tanya. Amalan politik kebencian dan hasutan dilihat mendominasi, bukan lagi politik kenegaraan
LGE mungkin tidak sedar atau berpura-pura tidak sedar bahawa kenyataan beliau ibarat mencurah minyak ke dalam bara api yang akan menyala dan menyambar ganas dikelilingan.
Apakah ketika itu negara mempu untuk membendungnya?
Lebih menghairankan ada juga politikus oportunis Melayu yang terus mempertahankan kenyatan tersebut. Apakah mereka ini sudah buta mata dan hati? Apakah mereka ini sanggup melihat ketegangan kaum berterusan menjadi semakin parah? Politik apa yang mereka amalkan sehingga yang salah dikata benar dan yang benar dikata salah?
Difahamkan ratusan laporan polis sudah dibuat terhadap kenyataan LGE ini dan rakyat menunggu apa tindakan dari pihak AG yg mana semua tahu beliau pernah menjadi peguam LGE. Apakah LGE patut didakwa atas Akta Hasutan? Akan adakah elemen “selective prosecution” oleh pihak AG? Kalau mengikut track record, semenjak pemerintahan PH, kesemua kes-kes mahkamah pimpinan PH telah ditutup.
Rakyat sedang menunggu.
Hidup kerajaan PH kini tinggal nyawa-nyawa ikan. Jika tidak ada tindakan dari pihak AG ataupun kerajaan, saya yakin rakyat tidak akan lagi percaya dengan keikhlasan pemerintah yg ada.
Wallahu'alam
Tn. Hj. Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
9 Mac 2019
oakley titanium glasses - etching, etching
ReplyDeleteFind oakley titanium glasses titanium nipple bars here at T-Shirts! The maple titanium uses design reflects the maple titanium ore terraria design of the titanium armor tree and ford titanium the teneal maple color
y738l3zydwo684 prostate massagers,cheap sex toys,horse dildo,sex toys,adult sex toys,real dolls,sex toys,horse dildo,women sex toys t726x7lykhu711
ReplyDelete