Posts

PECAH TABUNG MASJID

Image
Cerita dia macam ni. Tahun 2012 aku menyewa di sebuah pondok kecil di kampung Pulau Pisang, Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan. Pada 1 pagi aku makan breakfast kat Kedai Kopi Jusoh di Kampung Pulau Pisang dan mendengar cerita orang Kampung berkaitan pecah tabung masjid Pulau Pisang malam sebelumnya yaitu malam jumaat. Tetapi tiada kerugian dicatatkan kerana tiada wang di dalam tabung masjid. Hanya mangga tabung saja yang rosak. Katanya kebetulan selepas solat jumaat orang masjid kira duit tabung dan terus bawa ke bank. Kebiasaannya tidak dibuat begitu, biasanya hari sabtu atau ahad baru dibawa duit tabung masuk ke akaun bank. Pecah Rahsia... Rupa²nya bukan masjid Kampung Pulau Pisang saja yang kena. Ada 2 masjid lagi di dua malam jumaat sebelumnya kena rembat. Masjid² ni kampung bersebelahan sahaja. 1 tu masjid Pantai Kundur kalau tak silap, 1 lagu aku lupa dah. Yang aku ingat masjid pulau pisang ni masjid yang ketiga tabung kena pecah.  Orang kedai kopi cakap mereka TAHU siapa yang ...

Sidharth Shukla meninggal dunia

Image
Sidharth Shukla MUMBAI  : Pelakon dan pengacara Sidharth Shukla, 40, meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam. Menurut laporan, dia dikejarkan ke hospital pagi semalam, namun tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhirnya. Menurut kenyataan stesen Colors TV tempatnya bekerja, pemergian Sidharth satu kehilangan besar untuk mereka dan seluruh industri Bollywood. "Kami di Colors sangat berduka dan bersedih terhadap pemergian mengejut anggota keluarga kami, Sidharth Shukla. Dia semestinya akan sangat dirindui. "Pemergiannya adalah kehilangan yang tiada galang gantinya untuk kami dan seluruh industri," kata kenyataan itu. Pemergiannya jelas ditangisi warga industri hiburan Bollywood. Rata-ratanya terkejut dan kini berkabung dengan kematiannya. Pelakon gandingannya dalam filem Humpty Sharma Ki Dulhania, Alia Bhatt menyifatkan Sidharth adalah seorang rakan artis yang sangat menyenangkan. "Sid (Sidharth) seorang yang sangat mesra, baik hati dan jujur y...

Papagomo digantung keahlian UMNO 6 tahun

Image
Gambar : MalaysiaKini Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris digantung keahlian selama enam tahun atau dua penggal berkuatkuasa 27 Ogos. Penggantungan Wan Muhammad Azri diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 27 Ogos lalu. Tindakan terhadap Wan Muhammad Azri itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu surat kepada beliau. Sumber  : Suara Merdeka

Roti Gardenia terputus musim #Covid19 ???

Image
Syarikat Pengeluar Roti Nombor 1 Malaysia Gardenia telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan membekalkan Roti Kegemaran rakyat Malaysia itu seperti biasa. Dalam notifikasi berkaitan di facebook Gardenia ada menyatakan mereka masih bekerja 7 hari seminggu termasuk dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ini. Netizen juga menyambut baik dan memberi sokongan dalam usaha ini. #GardeniaKL  #PerintahKawalanPergerakan  #Covid19  #KekalSelamat

Tok Mat , Ebit Lew & Meja Makan Asing

Image
Sebak tahun 2016 dulu, ada ceramah dekat Masjid Negeri Sembilan. Tok Mat duduk depan sekali. Masa tu beliau menteri besar. Tekun jer dengar. Katanya selalu dengar ceramah saya di radio dan youtube. Saya sangat minat dengar ceramah ustaz. Masa kami makan. Meja kami diasingkan di bahagian dalam bilik. Tok Mat ajak makan dekat luar bersama semua orang. Kita makan kena sama dengan semua orang. Saya malu makan asing dari orang lain. Sape kita ni nak lain dari orang lain. Kalau nak makan seorang baik makan dekat rumah jer. Betulkan ustaz. Sebak dengar begitu. Dulu Nabi saw selalu makan bersama hamba. Walau orang arab tak makan dengan hamba. Nabi saw sudi makan kenduri kecil yang dihadiri oleh hamba. Sekarang dah takde hamba. Nabi saw, Abu Bakr ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra kesemua mereka selalu iktikaf di Masjid. Berjalan malam cari orang susah miskin dan kuat berdakwah. Nabi saw sayang semua orang. Ingin lihat semua manusia bahagia dan masuk syurga. Pujuk manusia disiang hari k...

SEKS, BANGSA MELAYU & KAHWIN MUDA

Image
Ingat lagi dengan Harry Pasir Belanda ? Yang buat resort chalet kat Jalan PCB tu. Ye, Lama jugak bambob kenal santa Klos tu. Ada masa free bambob pegi lepak kat chalet dia dan perati gelagat guest dia orang² putih yang datang ke sini sebagai pelancong dan pengkaji² adat budaya. Kerap juga bambob perati ada PASANGAN² MUDA yang travel ke sini. Umur lingkungan 20an pun ramai. Maka terdetiklah dalam kepala Otak ni " Bagaimana remaja mereka BERANI merantau ke sini dgn buku peta sebijik dan smartphone " Di sinilah bambob mula mengkaji apa kelebihan mereka dalam hal ini. Korang bagi duit puluh² ribu kat BamBob suruh pergi tempat orang duduk sebulan dua mati hidup balik bambob x pergi 😅. Untuk mengkaji kekuatan remaja mereka ini bambob tengok perangai mereka dalam movie² barat. Berjalan jauh memerlukan :- 1) Kesedaran 2) Kematangan. Dan antar faktor utama bangsa mereka cepat SEDAR & MATANG ialah melalui HUBUNGAN SEKS. Pada peringkat awal remaja mereka telah ...

Kenangan Terindah #Bajet2019

Image
Suara pejuang-pejuang mahasiswa sudah tidak kedengaran. Bayang pun sudah entah ke mana. Saya rindu anda semua. PTPTN kita tak perlu sebutlah, sebab bukan setakat ditipu, lebih sengsara dengan dasar mereka kini. Ada yang beritahu saya, ini merupakan kenangan terindah sebagai pelajar. Betullah, kini hanya tinggal kenangan. Mereka beria meninggi hidung umumkan Bajet 2019 adalah " paling besar ". Ya, "paling besar", tapi apa sebenarnya yang ibu bapa, pelajar dan guru dapat? 1) RM250 subsidi pendidikan seperti Baucar Buku 1Malaysia atau KADS1M, tidak disebut. Rasanya kini tiada lagi. Kita tunggu Menteri buat u-turn. 2) Bantuan Makanan Prasekolah dipotong RM10 juta. 3) Bantuan Makanan Asrama dipotong RM100 juta 4) Biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid dipotong RM28 juta 5) Peruntukan biasiswa perguruan persekutuan dipotong RM6.5 juta 6) Bonus penjawat awam daripada RM1,500 tinggal RM500. Mungkin murid-murid dan guru termasuk dalam golonga...

#BAJET2019 Mana bahagian pesawah, petani, peladang & nelayan

Image
Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar sekali pun. Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu. Bagi sektor pertanian secara keseluruhan, bajet 2019 kerajaan PH hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk R&D produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani. Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan. Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan i...

Setiausaha Akhbar Menteri Biadap !

Image
Apabila kami juga mengambil keputusan keluar daripada bilik tersebut, tiba-tiba SUA datang kepada kami dan meminta balik teks ucapan yang dibacakan kepada dalam majlis konvokesyen yang dihadiri lebih 6,000 orang termasuk graduan, ibu bapa dan kakitangan KUPTM. Kami telah mempersoalkan tindakan SUA ini mengambil balik teks ucapan dan telah merampas satu daripada teks ucapan daripada salah seorang wartawan menyebabkan berlaku kekecohan. Tidak pernah berlaku sepanjang karier kami sebagai wartawan diperlakukan sedemikian rupa kerana selalunya SUA akan berjumpa dengan kami dan meminta bahagian yang tidak sepatutnya daripada ditulis. BACA LAGI DI SINI

BAS MRT VS GRAB

Image
Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab. Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab. Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab? Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri. Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbiran saya. Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara - suatu kebanggaan untuk negara. Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! M...

BAGAIMANA MENGENALI SEORANG PEMUJA WAHHABI ?

Image
Ada beberapa ciri utama apabila kita melihat perdebatan atau perbincangan agama melibatkan Kumpulan Wahhabi dan Ahlu Sunnah wal jamaah. Di sini dinyatakan beberapa CIRI UTAMA untuk mengenal kumpulan Wahhabi berdasarkan hujjah-hujjah yang mereka gunakan dalam sesuatu perbincangan. 1. Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin. 2. Mengatakan Allah ada di langit dan bersemayam di atas Arasy. Dan ini adalah pegangan akidah mereka. 3. Membagi tauhid kepada tiga (Tauhid 3) iaitu: tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma' wa sifat. 4. Menolak amalan menyebut lafas niat solat (USOLLI). 5. Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat. 6. Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat. 7. Menolak zikir, wirid dan doa berjamaah setelah solat di masjid/musolla/tempat tertentu. Bagi mereka tidak ada wirid selepas solat fardhu secara berjamaah. 8. Menolak amalan membaca Yaasiin berjamaah pada malam Jumaat di ...

PUSAT TAHFIZ BAKAL DI LELONG !!

Image
Kisah Benar Pendedahan seorang pengetua Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Kuala Lumpur, salah satu dari 1,380 buah sekolah Tahfiz yg dijaga di bawah DSN yg bakal dilelong suatu masa dulu. Tahfiz ini telah diselamatkan oleh DSN dari dilelong apabila Pengetua ini meminta bantuan dari DSN menerusi pertemuan pertama kali pada tahun 2016. Bermula dari tahun 2016 inilah bermula hubungan antara kesemua tahfiz2 di Malaysia yg berjumlah 1,380 bersama DSN lantas kerajaan pada masa itu merangka Dasar Tahfiz Negara yang memberi peruntukan 30 juta setiap tahun kepada semua sekolah Tahfiz di bawah Dasar Tahfiz Negara. Pendedahan yg menjadi rahsia sebelum ini telah didedahkan oleh pengetua ini pada malam 30 Ogos 2018 baru2 ini. Semoga Allah jua melindungi DSN dan keluarga nya diatas segala fitnah dan musibah yang di hadapi nya dan Allah ya Zaljalal iwalikram yang mengangkat darjat seseorang itu, Allah sentiasa menolong kepada mereka2 yg di zalimi dan terinaya...Inshaallah. ...

GhuangZhou Haramkan Matawang Kripto

Image
Guangzhou dilaporkan mengharamkan semua acara promosi yang berkaitan dengan mata wang kripto. Beberapa pemerhati China yang terkenal dan pihak berkuasa termasuk pusatnya telah mengecam ICO, satu bentuk pengumpulan dana secara radikal dijana oleh mata wang kripto yang telah diharamkan di China, dan crowdfunding kripto haram yang lain. Penyelaras memberi amaran bahawa pengendali yang menggunakan istilah seperti "inovasi kewangan" atau "blockchain" untuk mendapatkan pelaburan sebenarnya melakukan "penipuan, skim piramid". Kalau di Malaysia buat begini, pasti banyak skim yang berselindung di sebalik mata wang kripto susah nak berkembang dan bercambah bagai cendawan selepas hujan. Sumber : https://www.ccn.com/china-crackdown-after-beijing-guangzhou-hub-bans-cryptocurrency-events/amp/

KHUTBAH RAYA AIDILADHA BERUNSUR FITNAH

Image
PASIR MAS - Kepimpinan Parti Amanah Kawasan Rantau Panjang dan Pasir Mas membuat laporan polis berhubung teks khutbah Hari Raya Aidiladha minggu lalu yang didakwa memfitnah Kerajaan PH menyokong kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini. Laporan polis itu dibuat oleh wakilnya Mohd Ridzuan Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini yang turut disertai oleh 20 penyokong parti berkenaan. Mohd Ridzuan berkata, laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut berhubung teks khutbah yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas. "Khutbah tersebut berbunyi: apa yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini munculnya suara-suara sumbang daripada pelbagai pihak termasuk pimpinan negara beragama Islam yang semakin berani mencabar ketuanan Islam di negara ini. "Teks tersebut juga menyebut keterlibatan dalam aktiviti hubungan sejenis yang songsang atau menukar jantina sama lelaki kepada perempuan atau ...

NAJIB VS MAHATHIR

Image
Perbandingan antara khidmat Najib Razak & Mahathir. Yang kaya jangan baca nanti anda tidak percaya kerana anda tidak pernah mendapatkannnya. Bacaan ini untuk orang miskin sahaja..... BEZA ZAMAN MAHATHIR( Selama 22 thn jadi PM) DAN ZAMAN NAJIB..   PTPTN . -Mahathir: interest 4% -Najib : Interest 1% * Zaman najib maintain bayar setiap bulan dapat potongan 10%, kalau langsai ptptn sekaligus dapat diskaun 20%   TOL . -Mahathir: Tol naik 5% setiap 3 tahun -Najib : Pembinaan highway pan borneo, highway KL-Kelantan melalui merapoh, highway bertingkat rawang semua bebas tol.   PENGANGKUTAN AWAM . -Mahathir : Tambang ERL naik 10% setiap 5 tahun. -Najib : kerajaan beri subsidi untuk  tambang MRT. ISA -Mahathir : seramai 1200 orang ditahan bawah ISA -Najib : Hapus ISA  HUTANG NEGARA . -Mahathir: 103% -Najib: 54%  LEBUHRAYA PANTAI TIMUR. -Mahatir: Menghentikan pembinaan LPT bila parti pembangkang perintah Terengganu dan Kelantan -Naji...

Mahathir Mahu Robohkan Tembok China MCKIP

Image
Selepas pulang dari negara China minggu lalu, Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu robohkan tembok ‘besar’ di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP). Sebelum PRU14, Tun Mahathir pernah ke sana untuk membuat video dengan mendakwa tembok ini mengelilingi seluruh MCKIP. Oleh kerana video Tun Mahathir itu, ramai yang menuduh saya telah kononnya ‘jual negara’ kepada negara China. " Saya ada membaca tiga hari lalu akan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, akhirnya mengesahkan bahawa tembok ini hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian sebagaimana tuduhan Tun Mahathir. " Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan. Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH. " YB ...

Zunar Serang Mahathir

Image
Kartunis penyokong kuat Pakatan Harapan (PH), Zunar mula menunjukkan kritikan terhadap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui kartunnya yang tersebar hari ini di media sosial. Kartun tersebut menggambarkan Mahathir melencong dari jalan “Malaysia baharu” dan menuju ke arah mempertahankan dan membina legasinya, termasuk Formula 1, jambatan bengkok, Khazanah dan “Proton 2.0” Kartunis politik yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Mahathir memerintah telah mula menunjukkan kritikan keras terhadap PH. Sebelum ini, Zunar mengkritik Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang disifatkan mengutamakan hal-hal kecil seperti kasut hitam berbanding reformasi pendidikan yang lebih utama. Zunar menjadi musuh ketat Mahathir sejak era reformasi bermula 1998 apabila beliau menjadi penyokong kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga menerbitkan banyak buku kartun bertema kritikan terhadap Mahathir, antaranya Lagak Pak Mahat. Banyak kritikan melalui k...

Kisah Sheikh Abdul Qadir Jailani Dengan Seekor Kucing

Image
Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terlewat waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya.  Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu. Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu.  Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat? Beliau pun bertanya: " Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh ?" Kucing itu menjawab: " Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Ol...

Pertikai Jemaah Haji 1MDB, Mahathir Buat Kerja Tuhan

Image
Tidak habis-habis nak pertikaikan ibadah orang lain. Minggu lepas, Mukhriz telah ditegur oleh mufti kerana mempertikai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masuk ke dalam Kaabah, kini giliran bapanya pula, Mahathir pertikai jemaah haji 1MDB yang pergi Mekah. Mahathir mendakwa duit yang diguna jemaah haji 1MBD pergi haji adalah duit curi. Mahathir kata duit 1MDB adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan ibadah haji. Mahathir buat tuduhan terbaru itu ketika berceramah atas pentas DAP di Pendang pada hari Sabtu lepas. Entah kenapa Mahathir yang kini menjadi pengerusi Pakatan Harapan (PH) tidak senang duduk apabila mendengar mengenai 1MDB hinggakan jemaah haji yang langsung tiada kena-mengena dalam isu itu dikatakan tidak  mendapat haji mabrur. Disebabkan marah sangat dengan Perdana Menteri, beliau sanggup memberi perumpamaan ‘menyembelih babi’ yang haram bagi umat Islam disamakan de­ngan ibadah haji yang ditanggung 1MDB. Teruk sangat per...

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Image
Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)... 1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan. 2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat. 3.  Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merde...