Posts

Showing posts with the label SEJARAH

KISAH PEMBINAAN LEBUH RAYA PERCUMA arwah TUN RAZAK

Image
Bagaimana usaha arwah Tun Razak merakyatkan sumber ekonomi untuk membangunkan prasarana infrastruktur dari rakyat untuk rakyat dikhianati oleh mantan PM Dr M (yang malangnya didewa dewakan oleh generasi baru yang tidak prihatin sejarah sendiri)... 1. Arwah Tun Razak merupakan seorang perdana menteri yang sangat JUJUR dan AMANAH dalam melaksanakan pembangunan negara. Dalam mana mana program pembangunan yang direncanakan, motivasi membantu rakyat adalah menjadi keutamaan. 2. Dalam artikel ini, gua mahu kupaskan satu sektor sahaja iaitu peranan terpenting arwah Tun Razak membentuk sistem Prasarana Infrastruktur Jalan Raya Lebuh Raya Malaysia yang PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh wang cukai yang dikutip dari rakyat. 3.  Dibawah pemerintahan Tun Razak ini JKR ataupun sikronim Jabatan Kerja Raya menjadi senjata utama dalam program pembinaan sistem jalan raya yang menghubungkan seluruh negara secara PERCUMA. Fungsi utama JKR adalah membina infrastruktur negara selepas merde...

Antara Artis Bangang & BoTak Chin : Siapa lebih Patriotik ???

Image
Sempena Hari Kebangsaan, aku nak berkongsi dengan korang satu kisah mengenai penjenayah paling terkenal di Malaysia, Wong Swee Chin atau Botak Chin . Dia ni bukan kepala botak, tetapi botak tu stands for tiga perkataan Hokkien yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( Cina ) atau Cina Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’. Ganasnya Botak Chin, dia pernah rompak Kelab Selangor (Dataran Merdeka) pada Oktober 1975 dan bawa lari RM218,000 ketika itu! Bayangkan 41 tahun lepas pun dia berjaya dah sakau beratus ribu. Dia juga memiliki tak kurang dari 19 pucuk senjata, lima bom tangan dan lebih 1,000 butir peluru! Kumpulan dia pernah cari dan tembak pegawai polis yang menyiasatnya sampai cedera parah. Masa dia ditahan di Penjara Pudu, dia bukan saja mengamuk, membelasah dan menikam wadar dengan benda tajam, malah dia dah siap rancang nak bom penjara tersebut! Namun di sebalik betapa ganasnya manusia bernama Botak Chin, izinkan aku berkongsi sedikit 'sisi putih' penjenay...

HMS Prince of Wales, Tanah Melayu & Kemerdekaan

Image
Ini adalah Kapal Perang HMS Prince of Wales yang karam dalam serangan udara oleh Tentera Jepun pada 10 Disember 1941 di Kuantan Pahang. Kapal Perang Kelas King George V ini adalah antara kebanggaan British yang mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi kepada negara dan bangsa kita. Diatas kapal inilah Piagam Atlantik ditandatangani pada 14 Ogos 1941 antara Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill di Teluk Placentia, New Foundland. Disebabkan Piagam inilah British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada kita, sekalipun ketika itu ekonomi United Kingdom betul-betul bergantung kepada Tanah Melayu. United Kingdom selepas Perang Dunia Kedua, hampir muflis, dan ekonominya diselamatkan oleh hasil bumi dan pertanian Tanah Melayu. Piagam Atlantik ini mengandungi 8 Perkara iaitu  :- 1 - British dan Amerika hendaklah menghentikan perluasan wilayah atau jajahan. 2 - Pengaturan satu-satu wilayah mestilah berdasarkan kehendak rakyat wilayah tersebut. 3 - Semua rakyat (wil...

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Image
Nama Bandar Jerantut banyak sekali dikaitkan dengan kisahnya, ini adalah diantara sebahagian daripada   kisah kewujudan nama  Jeranutut. Jerantut diambil dari sebutan penuturan Orang Asli dari suatu cerita zaman pemerintahan Sultan Ahmad, iaitu apabila beberapa orang Melayu yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar yang mencari ternakan kerbau mereka tidak pulang. Mereka telah bertanya kepada Orang Asli di kawasan kampung Paya Tambak tidak jauh dari sungai Pahang, di mana ada satu anak sungai yang mengalir airnya di atas batu-batu jeram kecil. Orang Asli itu menunjuk ke arah di mana kerbau itu berada dengan berkata dekat " JERAM TUT " maknanya jeram itu. Kerbau yang dicari itu dijumpai tidak bergerak kerana tali pesaranya terbelit di sepohon pokok di tepi jeram itu. Lama kelamaan sempena peristiwa berjumpa kerbau itu maka tempat itu disebut atau diberi nama JERANTUT . Ada 3 lagi kisah atau cerita berkaitan dengan nama JERANTUT :- 1) Berdasarkan ...

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

Image
P ada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad. Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda. Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah (c. 1470). Makam baginda ter...

Zahid Mat Arip Conteng Arang ke Maruah PPBM

Image
Penahanan Zahid Mat Arip yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, bukti parti pimpinan Mahathir itu dipenuhi dengan orang bermasalah dan penuh dengan skandal. Semua jenis ada dalam parti Mahathir. Ada yang skandal dengan isteri orang, ada yang kuat berdisko, ada yang "klimaks 4 kali" dengan boyfriend, ada yang bankrap dan ada yang terbabit dengan skandal rasuah. Zahid Mat Arip sebelum ini adalah bekas Pegawai Khas Kepada bekas Pengerusi FELDA. Ahli majlis tertinggi PPBM itu disiasat dalam kes pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak. Zahid Mat Arip dalam satu video ceramahnya di Sabah menyatakan bahawa tanda tanda pilihanraya umum ke 14 akan diadakan bila ada jerung besar ditangkap oleh SPRM. Zahid Mat Arip ketika ceramah itu menggunakan pentas ceramah PPBM. Memang benarlah jerung besar itu adalah dirinya sendiri. Memang Zahid Mat Arip tahu dia telah melakukan kesalahan rasuah dan memang menunggu tangkapan dilakukan SPRM...