Posts

Setiausaha Akhbar Menteri Biadap !

Image
Apabila kami juga mengambil keputusan keluar daripada bilik tersebut, tiba-tiba SUA datang kepada kami dan meminta balik teks ucapan yang dibacakan kepada dalam majlis konvokesyen yang dihadiri lebih 6,000 orang termasuk graduan, ibu bapa dan kakitangan KUPTM. Kami telah mempersoalkan tindakan SUA ini mengambil balik teks ucapan dan telah merampas satu daripada teks ucapan daripada salah seorang wartawan menyebabkan berlaku kekecohan. Tidak pernah berlaku sepanjang karier kami sebagai wartawan diperlakukan sedemikian rupa kerana selalunya SUA akan berjumpa dengan kami dan meminta bahagian yang tidak sepatutnya daripada ditulis. BACA LAGI DI SINI

BAS MRT VS GRAB

Image
Saya pasti ramai yang terkejut dengan pengumuman Kementerian Kewangan mahu menggantikan bas perantara MRT dan LRT dengan Grab. Sebelum PRU14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab. Oleh itu, jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab? Tuduhan kononnya isteri saya pemilik Grab atau Uber adalah satu lagi fitnah PH untuk menyemarakkan kemarahan orang ramai terhadap saya dan isteri. Uber adalah syarikat Amerika Syarikat dan kini bernilai US$72 bilion (RM300 bilion) manakala Grab adalah syarikat tempatan yang dimulakan oleh usahawan muda Malaysia ketika pentadbiran saya. Grab yang bermula sebagai ‘My Teksi’ berjaya bersaing dan turut menggantikan Uber di Malaysia dan negara di Asia Tenggara - suatu kebanggaan untuk negara. Jika benar isteri saya pengasas dan pemilik Uber dan Grab maka dia adalah usahawan paling berjaya di Malaysia yang turut memahat nama di luar negara! M...

BAGAIMANA MENGENALI SEORANG PEMUJA WAHHABI ?

Image
Ada beberapa ciri utama apabila kita melihat perdebatan atau perbincangan agama melibatkan Kumpulan Wahhabi dan Ahlu Sunnah wal jamaah. Di sini dinyatakan beberapa CIRI UTAMA untuk mengenal kumpulan Wahhabi berdasarkan hujjah-hujjah yang mereka gunakan dalam sesuatu perbincangan. 1. Sering merujuk pendapat Ibnu Taimiyyah, al-Albani, Ibnu Qayyim, Abdul Aziz bin Baz dan Ibnu Ustaimin. 2. Mengatakan Allah ada di langit dan bersemayam di atas Arasy. Dan ini adalah pegangan akidah mereka. 3. Membagi tauhid kepada tiga (Tauhid 3) iaitu: tauhid uluhiyyah, rububiyyah dan asma' wa sifat. 4. Menolak amalan menyebut lafas niat solat (USOLLI). 5. Menolak amalan menyebut SAYYIDINA ketika berselawat. 6. Menolak amalan mengusap muka setelah selesai solat. 7. Menolak zikir, wirid dan doa berjamaah setelah solat di masjid/musolla/tempat tertentu. Bagi mereka tidak ada wirid selepas solat fardhu secara berjamaah. 8. Menolak amalan membaca Yaasiin berjamaah pada malam Jumaat di ...

PUSAT TAHFIZ BAKAL DI LELONG !!

Image
Kisah Benar Pendedahan seorang pengetua Sekolah Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat Kuala Lumpur, salah satu dari 1,380 buah sekolah Tahfiz yg dijaga di bawah DSN yg bakal dilelong suatu masa dulu. Tahfiz ini telah diselamatkan oleh DSN dari dilelong apabila Pengetua ini meminta bantuan dari DSN menerusi pertemuan pertama kali pada tahun 2016. Bermula dari tahun 2016 inilah bermula hubungan antara kesemua tahfiz2 di Malaysia yg berjumlah 1,380 bersama DSN lantas kerajaan pada masa itu merangka Dasar Tahfiz Negara yang memberi peruntukan 30 juta setiap tahun kepada semua sekolah Tahfiz di bawah Dasar Tahfiz Negara. Pendedahan yg menjadi rahsia sebelum ini telah didedahkan oleh pengetua ini pada malam 30 Ogos 2018 baru2 ini. Semoga Allah jua melindungi DSN dan keluarga nya diatas segala fitnah dan musibah yang di hadapi nya dan Allah ya Zaljalal iwalikram yang mengangkat darjat seseorang itu, Allah sentiasa menolong kepada mereka2 yg di zalimi dan terinaya...Inshaallah. ...

GhuangZhou Haramkan Matawang Kripto

Image
Guangzhou dilaporkan mengharamkan semua acara promosi yang berkaitan dengan mata wang kripto. Beberapa pemerhati China yang terkenal dan pihak berkuasa termasuk pusatnya telah mengecam ICO, satu bentuk pengumpulan dana secara radikal dijana oleh mata wang kripto yang telah diharamkan di China, dan crowdfunding kripto haram yang lain. Penyelaras memberi amaran bahawa pengendali yang menggunakan istilah seperti "inovasi kewangan" atau "blockchain" untuk mendapatkan pelaburan sebenarnya melakukan "penipuan, skim piramid". Kalau di Malaysia buat begini, pasti banyak skim yang berselindung di sebalik mata wang kripto susah nak berkembang dan bercambah bagai cendawan selepas hujan. Sumber : https://www.ccn.com/china-crackdown-after-beijing-guangzhou-hub-bans-cryptocurrency-events/amp/