Posts

Roti Gardenia terputus musim #Covid19 ???

Image
Syarikat Pengeluar Roti Nombor 1 Malaysia Gardenia telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan membekalkan Roti Kegemaran rakyat Malaysia itu seperti biasa. Dalam notifikasi berkaitan di facebook Gardenia ada menyatakan mereka masih bekerja 7 hari seminggu termasuk dalam musim Perintah Kawalan Pergerakan ini. Netizen juga menyambut baik dan memberi sokongan dalam usaha ini. #GardeniaKL  #PerintahKawalanPergerakan  #Covid19  #KekalSelamat

Tok Mat , Ebit Lew & Meja Makan Asing

Image
Sebak tahun 2016 dulu, ada ceramah dekat Masjid Negeri Sembilan. Tok Mat duduk depan sekali. Masa tu beliau menteri besar. Tekun jer dengar. Katanya selalu dengar ceramah saya di radio dan youtube. Saya sangat minat dengar ceramah ustaz. Masa kami makan. Meja kami diasingkan di bahagian dalam bilik. Tok Mat ajak makan dekat luar bersama semua orang. Kita makan kena sama dengan semua orang. Saya malu makan asing dari orang lain. Sape kita ni nak lain dari orang lain. Kalau nak makan seorang baik makan dekat rumah jer. Betulkan ustaz. Sebak dengar begitu. Dulu Nabi saw selalu makan bersama hamba. Walau orang arab tak makan dengan hamba. Nabi saw sudi makan kenduri kecil yang dihadiri oleh hamba. Sekarang dah takde hamba. Nabi saw, Abu Bakr ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra kesemua mereka selalu iktikaf di Masjid. Berjalan malam cari orang susah miskin dan kuat berdakwah. Nabi saw sayang semua orang. Ingin lihat semua manusia bahagia dan masuk syurga. Pujuk manusia disiang hari k...

SEKS, BANGSA MELAYU & KAHWIN MUDA

Image
Ingat lagi dengan Harry Pasir Belanda ? Yang buat resort chalet kat Jalan PCB tu. Ye, Lama jugak bambob kenal santa Klos tu. Ada masa free bambob pegi lepak kat chalet dia dan perati gelagat guest dia orang² putih yang datang ke sini sebagai pelancong dan pengkaji² adat budaya. Kerap juga bambob perati ada PASANGAN² MUDA yang travel ke sini. Umur lingkungan 20an pun ramai. Maka terdetiklah dalam kepala Otak ni " Bagaimana remaja mereka BERANI merantau ke sini dgn buku peta sebijik dan smartphone " Di sinilah bambob mula mengkaji apa kelebihan mereka dalam hal ini. Korang bagi duit puluh² ribu kat BamBob suruh pergi tempat orang duduk sebulan dua mati hidup balik bambob x pergi 😅. Untuk mengkaji kekuatan remaja mereka ini bambob tengok perangai mereka dalam movie² barat. Berjalan jauh memerlukan :- 1) Kesedaran 2) Kematangan. Dan antar faktor utama bangsa mereka cepat SEDAR & MATANG ialah melalui HUBUNGAN SEKS. Pada peringkat awal remaja mereka telah ...

Kenangan Terindah #Bajet2019

Image
Suara pejuang-pejuang mahasiswa sudah tidak kedengaran. Bayang pun sudah entah ke mana. Saya rindu anda semua. PTPTN kita tak perlu sebutlah, sebab bukan setakat ditipu, lebih sengsara dengan dasar mereka kini. Ada yang beritahu saya, ini merupakan kenangan terindah sebagai pelajar. Betullah, kini hanya tinggal kenangan. Mereka beria meninggi hidung umumkan Bajet 2019 adalah " paling besar ". Ya, "paling besar", tapi apa sebenarnya yang ibu bapa, pelajar dan guru dapat? 1) RM250 subsidi pendidikan seperti Baucar Buku 1Malaysia atau KADS1M, tidak disebut. Rasanya kini tiada lagi. Kita tunggu Menteri buat u-turn. 2) Bantuan Makanan Prasekolah dipotong RM10 juta. 3) Bantuan Makanan Asrama dipotong RM100 juta 4) Biasiswa kecil persekutuan untuk murid-murid dipotong RM28 juta 5) Peruntukan biasiswa perguruan persekutuan dipotong RM6.5 juta 6) Bonus penjawat awam daripada RM1,500 tinggal RM500. Mungkin murid-murid dan guru termasuk dalam golonga...

#BAJET2019 Mana bahagian pesawah, petani, peladang & nelayan

Image
Teks ucapan Belanjawan 2019 tidak menyebut langsung perkataan pesawah, petani, peladang dan nelayan biar sekali pun. Felda hanya disebut sekali dan itupun hanya untuk peruntukkan RM295 juta bagi menaiktaraf jalan, projek sistem bekalan air dan memasang lampu. Bagi sektor pertanian secara keseluruhan, bajet 2019 kerajaan PH hanya menyebut peruntukan berjumlah RM47 juta untuk R&D produktiviti benih, bijirin dan buah-buahan, RM18 juta untuk automasi industri agromakanan; dan RM52 juta untuk pelaksanaan program keusahawanan dan latihan industri tani. Ini jauh berbeza dengan Bajet 2018 kerajaan BN di mana kita memberi RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan. Kerajaan PH perlu menjawab secara spesifik apakah bantuan-bantuan yang disediakan tahun depan untuk golongan-golongan i...