BILA PULA NABI PELUK ISLAM ???




Hari ini lahir begitu ramai penceramah selebriti melalui berbagai program anjuran stesen TV. Ini satu perkembangan yang memberangsangkan dalam mendidik ummah untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

MALANGNYA dalam perlumbaan menempa nama dan mengumpul pengikut, pelbagai pendekatan ditampilkan. Ada yang dilihat agak berlebihan dalam menyelitkan unsur lawak dan nyanyian.

Tidak kurang juga tabiat mereka-reka riwayat atau mencipta analogi yang tidak benar dan mengelirukan semasa berceramah. Lebih bahaya apabila ia menyentuh sirah para Nabi yang seharusnya dipastikan benar dan terpelihara.

Sebelum ini telah kami kongsikan ucapan yang bagi kami agak berat impaknya terhadap fakta teologi apabila seorang penceramah selebriti menyebut surah ke 9, At-Taubah itu diturunkan semasa perang. Oleh itu beliau katakan bahawa ALLAH terlupa untuk menurunkan BISMILLAHIRROHMANIRROHIM bersama surah itu.

ASTAGHFIRULLAH... MAHASUCI ALLAH DARI SIFAT 'PELUPA'...

Mungkin penceramah ini ingin katakan bahawa nabi lupa mencatit kalimah BASMALAH yang turun bersama ayat lain dalam surah itu. Namun itu tetap tidak benar.

Ironinya tiada badan penguatkuasa yang tampil untuk membetulkan fakta yang khilaf itu secara terbuka. Ceramah itu malah diulang-ulang selama berminggu-minggu.

Fakta sebenar NUZUL QUR'AN menunjukkan bahawa kalimah BISMILLAH hanya turun sekali sahaja bersama surah alFatihah, 7 ayat yang turun sekali gus dalam surah itu. Ulangan BISMILLAH di surah lain hanyalah sebagai pembuka kata atau 'letterhead' Allah yang sengaja diletakkan semasa ia dimusyhafkan sahaja.

Ketiadaan BISMILLAH dalam surah at-Taubah secara sains teologinya adalah kerana memang kita tidak BERBASMALAH, bahkan tidak layak mengaku BERBASMALAH selagi kita masih ingkar (kafir) dan belum mahu bertaubat kepada ALLAH.
.
BILA PULA NABI PELUK ISLAM?
.
Dalam kehangatan musim haji yang baru bermula, banyaklah ceramah yang berkaitan dengan sirah baginda yang terkait dengan fenomena Hijrah serta kupasan sejarah Mekah dan Madinah. Malangnya ada penceramah yang kurang cermat dalam menyalurkan maklumat.

Sudah banyak kali terdengar penceramah yang menyebut “sebelum Nabi SAW MASUK ISLAM".

Alangkah memalukan dan menyedihkan sekali ungkapan seperti ini keluar dari mulut penceramah selebriti, khususnya yang muda-muda. Kasihan pada pengikut atau pendengar tegar yang sudah terlanjur ‘meminati’ ustaz selebriti ini kerana mudah mempercayai tanpa usaha untuk meneliti dan memperbaiki.

Harus diingat bahawa Kaabah itu sendiri sudah pun BERTERASKAN ISLAM yang sudah ditegakkan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan para nabi Allah sebelum kelahiran Rasulullah SAW. Perhatikan hujjah dari firman ALLAH dalam surah al-Hajj, ayat 78 ini,

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamai kamu sekalian orang-orang MUSLIM dari dahulu, dan dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong".

Ketahuilah bahawa Abdul Muttalib, ninda Rasulullah SAW adalah individu yang bertanggungjawab mengurus dan menjaga Kaabah. Tentulah dia seorang ISLAM. Kelahiran baginda nabi juga di tahun di mana Kaabah diserang oleh tentera Abrahah (tentera bergajah).

Sedarlah bahawa nama ayahanda baginda adalah ABDULLAH, yang bermaksud HAMBA ALLAH. Nama ibu baginda adalah AMINAH, dan nama MUHAMMAD / AHMAD bin ABDULLAH itu juga sudah diberikan sejak kelahiran baginda lagi. Tentu sekali mereka semua SUDAH ISLAM.

Bapa saudara baginda, ABDUL UZZA bin ABDUL MUTTALIB, yang digelar ABU LAHAB adalah orang yang menaja keraian menyambut kelahiran baginda. Beliau menjadi ‘sembahan/idola’ ummat ketika itu atas kehebatan kuasa Ekonominya. Itulah jolokan QORUN pada zaman baginda. Itulah idola/berhala AL-UZZA.

AMRU BIN HISHAM, yang mendapat jolokan ABU JAHAL itu ialah bapa saudara sepupu baginda. Dialah yang sedang memegang kuasa menguruskan Mekah dan Masjidilharam. Dialah yang Allah katakan telah memberi makan minum jemaah haji dan menguruskan Masjidilharam, tetapi tidak dinilai di sisi Allah. Tentu sekali dia TELAH ISLAM.

QS 9. At Taubah 19. "Apakah pemberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim".

Rasulullah SAW sendiri pernah berkhidmat dengan ABU JAHAL dan meninggalkan semua pangkat dan harta yang dinikmatinya selepas mendapat wahyu ‘sebenar’. Inilah jolokan FIR’AUN pada zaman baginda. Itulah orang tua yang ada kuasa namun enggan 'diperbetulkan' keIslaman jahiliyahnya oleh Baginda.

Ini semua menggambarkan bahawa baginda SUDAH ISLAM sejak lahir lagi. Layakkan kita katakan SETELAH NABI MASUK ISLAM?

Sebenarnya situasi masyarakat JAHILIYAH ketika itu samalah dengan keadaan kita sekarang. Nama sahaja Islam. Lahir dalam keluarga Islam. kad pengenalan berstatus ISLAM.

Mereka semua juga mengerjakan solat dan haji di Baitullah seperti kita. Malangnya ALLAH gelar solat mereka seperti siulan dan tepukan tangan semata-mata.

QS8, al-Anfal 35. Solat mereka di sekitar Baitullah itu, lain tidak hanyalah siulan dan tepukan tangan. Maka rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu. 


Sumber : Warga Perihatin

Comments

Popular posts from this blog

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA

BAGAIMANA MENGENALI SEORANG PEMUJA WAHHABI ?

SYED SADIQ HINA SULTAN SELANGOR !!