Guan Eng, "Lembu" & Sebakul Durian
Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng tergamak menangguhkan operasi sebuah kilang haram dek kepentingan mereka sehingga sanggup mengambil ringan perihal kebajikan penduduk kampung berhampiran yang sudah menderita lama akibat kilang berkenaan.
26 Ogos lepas, pemimpin PKR bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri yang ditahan reman oleh SPRM, tempoh hari, Phee Boon Poh menyelesaikan masalah penderitaan penduduk Kampung Sungai Lembu dengan hanya memberikan mereka makan sebakul durian sahaja.
Kilang perusahaan habuk papan yang sudah beroperasi secara tidak sah selama lebih 10 tahun terus beroperasi tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.
Alasan Guan Eng, memang dasar kerajaan negeri yang tidak dihebahkan iaitu menangguhkan operasi ke atas kilang atau premis besar yang beroperasi secara tidak sah kerana kerajaan negeri mahu mencari penyelesaian yang lebih adil untuk kedua-dua belah pihak.
Bukan sahaja hanya beri makan durian sahaja, Guan Eng pula kemudian memberikan RM10,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Sungai Lembu sebagai pemberian mencuci dosa yang langsung tidak setimpal dengan apa yang penduduk kampung berkenaan lalui.
Kalau dulu, semasa pembinaan kilang Lynas di Gebeng, Kuantan, DAP dan parti pembangkang lain mengutuk kerajaan dengan pelbagai tuduhan bahawa kilang berkenaan akan akibatkan ada orang mati dan ada orang akan jadi zombie.
Tuduhan ini tidak tepat. Selepas 5 tahun, tiada zombie di Lynas. Namun di Sungai Lembu ada 7 orang telah mati akibat kanser. Seorang mangsa yang mati bernama Mo Teng Jie, berusia 26 tahun. Gambarnya juga turut jadi viral di media sosial.
Namun DAP dan Guan buat buat tidak nampak dan tutup mata. Mahu tutup mata dan mulut rakyat dengan sebakul durian dan wang RM10,000 sahaja. Penduduk Sungai Lembu masih waras, mereka tidak sanggup "dilembukan" oleh Guan Eng.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membidas anak Lim Kit Siang itu dalam soal kilang haram. Ini kerana DAP sendiri masih dibelenggu masalah seperti itu tetapi sibuk mengkritik soal kilang Lynas.
"(Isu) Kilang Lynas diperbesarkan dan dijadikan isu sebelum pilihan raya kononnya menjadi punca kepada masalah radiasi, boleh sebabkan penduduk terkena kanser dan mati tetapi sampai hari ini tiada orang yang mati di Kuantan sebab Lynas," kata Dato Seri Najib semalam.
Dulu, ada kes penguatkuasa pihak berkuasa tempatan yang diganggu operasinya ketika menjalankan tugas serta turut diganggu secara seksual yang diberi RM200 sebagai habuan selepas anggota itu menarik balik laporan polis yang dibuatnya.
Ketua Menteri hanya tahu melayan rakyat
negerinya seperti "lembu" sahaja.
Penguatkuasa kena maki, tutup mulut dengan RM200.
Padahal yang memaki itu adalah ahli DAP.
Kemudian 7 orang mati dan berpuluh lagi hidap kanser di Sungai Lembu mahu ditutup dengan wang RM10,000 dan sebakul durian sahaja. Ini tindakan yang tidak berperkemanusiaan oleh Guan Eng.
Kilang haram untung berjuta, rakyat yang kena penyakit dan keluarga mangsa yang mati hanya dapat rasa durian sahaja.
Rakyat Pulau Pinang jangan beri undi lagi pada DAP di Penang. Banyak lagi kilang haram akan tumbuh kalau DAP terus berkuasa. Kroni senang, rakyat akan terus menderita.
Tulisan :
Beruang Biru
28 Ogos 2017
Comments
Post a Comment