Agenda Kleptokrasi Makan Diri !!
Walaupun dianjurkan di Padang Timur, Petaling Jaya yang terletak bersebelahan ibu pejabat PPBM, namun penganjuran demo yang diketuai Mahathir tetap juga gagal.
Sampai merayu duit derma dari peserta untuk bayar "PA System", begitulah teruknya demo anjuran Mahathir ini. Derma dikutip menerusi tabung tabung derma yang diletak logo DAP. Ke mana duit derma itu pergi akhirnya, tiada siapa pun yang tahu.
Zaman Reformasi dahulu, Anwar Ibrahim memainkan agenda rasuah dan korupsi setiap kali berceramah menentang Mahathir. Perkataan rasuah dan korupsi sering menjadi zikir serangan utama Anwar ketika itu.
Agenda korupsi itulah yang pembangkang guna untuk melawan kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi. Tidak kira DAP, PAS mahupun PKR, semua guna modal yang sama melawan BN ketika itu.
Namun, apabila Mahathir menyertai pembangkang, idea yang sama digunapakai oleh bekas Perdana Menteri itu. Cuma diubah sahaja dari perkataan korupsi kepada kleptokrasi. Perkara yang sama, cuma ubah nama sahaja.
Sebenarnya bila Mahathir buat begitu, ia bermaksud apa yang Anwar dan pembangkang pernah tuduhnya dulu adalah perkara betul. Secara tak sengaja Mahathir mengiyakan perjuangan pembangkang dahulu kepadanya.
Siapa sebenarnya bapa kleptokrasi? Anak anak Mahathir sahaja ada kekayaan terkumpul hampir RM4.4 billion.
Walaupun demo klepoktrasi ini dihadiri para pemimpin besar dari keseluruhan parti pembangkang, tetapi para pengikut mereka tidak ikut serta. Pasti ada yang tak kena.
Azmin datang sekejap sahaja, biarpun dijangka berucap pada malamnya. Akhirnya ceramah Azmin itu batal. Kelibat PAS tiada langsung sepanjang demo tadi.
Biarpun Azmin kata Pakatan Rakyat masih hidup lagi di Selangor. Ini tanda, PAN sudah kuasai Selangor, bukan lagi PAS.
Ternyata demo yang menjadi pengukur kepada kekuatan Pakatan Harapan ini benar-benar memakan diri sendiri dan tiada langsung sambutan.
Agenda Kleptokrasi tidak menjadi, ianya sudah basi. Ramai yang tidak mengerti apa itu kleptokrasi.
Tahulah kita pada PRU14 akan datang sejauh mana kekuatan Pakatan Harapan. Walaupun menggabungkan ke semua pemimpin utama mereka untuk anjurkan sebuah himpunan, Pakatan Harapan masih tidak mampu menunjukkan bahawa mereka sedang 'trending' sebagai parti pilihan rakyat.
Perlawanan bolasepak Liverpool dan Manchester United lagi trending di Twitter. Topik demo kleptokrasi ini langsung tiada dalam sepuluh topik trending di twitter. Di atas padang pun gagal, di media sosial pun gagal juga.
sumber :
Beruang Biru
BB616, Sabtu
14 Oktober 2017
Sampai merayu duit derma dari peserta untuk bayar "PA System", begitulah teruknya demo anjuran Mahathir ini. Derma dikutip menerusi tabung tabung derma yang diletak logo DAP. Ke mana duit derma itu pergi akhirnya, tiada siapa pun yang tahu.
Zaman Reformasi dahulu, Anwar Ibrahim memainkan agenda rasuah dan korupsi setiap kali berceramah menentang Mahathir. Perkataan rasuah dan korupsi sering menjadi zikir serangan utama Anwar ketika itu.
Agenda korupsi itulah yang pembangkang guna untuk melawan kerajaan Barisan Nasional sejak dulu lagi. Tidak kira DAP, PAS mahupun PKR, semua guna modal yang sama melawan BN ketika itu.
Namun, apabila Mahathir menyertai pembangkang, idea yang sama digunapakai oleh bekas Perdana Menteri itu. Cuma diubah sahaja dari perkataan korupsi kepada kleptokrasi. Perkara yang sama, cuma ubah nama sahaja.
Sebenarnya bila Mahathir buat begitu, ia bermaksud apa yang Anwar dan pembangkang pernah tuduhnya dulu adalah perkara betul. Secara tak sengaja Mahathir mengiyakan perjuangan pembangkang dahulu kepadanya.
Siapa sebenarnya bapa kleptokrasi? Anak anak Mahathir sahaja ada kekayaan terkumpul hampir RM4.4 billion.
Marina ada 52 syarikat, aset RM80 juta. Mirzan ada 156 syarikat, aset RM780 juta.
Mokhzani ada 255 syarikat, aset RM3 billion. Mukhriz ada 128 syarikat, aset 540 juta.
Ini baru anak Mahathir, belum lagi kroni kroninya.
Azmin datang sekejap sahaja, biarpun dijangka berucap pada malamnya. Akhirnya ceramah Azmin itu batal. Kelibat PAS tiada langsung sepanjang demo tadi.
Biarpun Azmin kata Pakatan Rakyat masih hidup lagi di Selangor. Ini tanda, PAN sudah kuasai Selangor, bukan lagi PAS.
Ternyata demo yang menjadi pengukur kepada kekuatan Pakatan Harapan ini benar-benar memakan diri sendiri dan tiada langsung sambutan.
Agenda Kleptokrasi tidak menjadi, ianya sudah basi. Ramai yang tidak mengerti apa itu kleptokrasi.
Tahulah kita pada PRU14 akan datang sejauh mana kekuatan Pakatan Harapan. Walaupun menggabungkan ke semua pemimpin utama mereka untuk anjurkan sebuah himpunan, Pakatan Harapan masih tidak mampu menunjukkan bahawa mereka sedang 'trending' sebagai parti pilihan rakyat.
Perlawanan bolasepak Liverpool dan Manchester United lagi trending di Twitter. Topik demo kleptokrasi ini langsung tiada dalam sepuluh topik trending di twitter. Di atas padang pun gagal, di media sosial pun gagal juga.
Gagal lagi Mahathir,
demo terakhir pembangkang sebelum PRU14
telah gagal sepenuhnya
sumber :
Beruang Biru
BB616, Sabtu
14 Oktober 2017
Comments
Post a Comment