Posts

Showing posts with the label UMUM

PECAH TABUNG MASJID

Image
Cerita dia macam ni. Tahun 2012 aku menyewa di sebuah pondok kecil di kampung Pulau Pisang, Kuala Besar, Kota Bharu Kelantan. Pada 1 pagi aku makan breakfast kat Kedai Kopi Jusoh di Kampung Pulau Pisang dan mendengar cerita orang Kampung berkaitan pecah tabung masjid Pulau Pisang malam sebelumnya yaitu malam jumaat. Tetapi tiada kerugian dicatatkan kerana tiada wang di dalam tabung masjid. Hanya mangga tabung saja yang rosak. Katanya kebetulan selepas solat jumaat orang masjid kira duit tabung dan terus bawa ke bank. Kebiasaannya tidak dibuat begitu, biasanya hari sabtu atau ahad baru dibawa duit tabung masuk ke akaun bank. Pecah Rahsia... Rupa²nya bukan masjid Kampung Pulau Pisang saja yang kena. Ada 2 masjid lagi di dua malam jumaat sebelumnya kena rembat. Masjid² ni kampung bersebelahan sahaja. 1 tu masjid Pantai Kundur kalau tak silap, 1 lagu aku lupa dah. Yang aku ingat masjid pulau pisang ni masjid yang ketiga tabung kena pecah.  Orang kedai kopi cakap mereka TAHU siapa yang ...

" Seludup " Roti dalam bagasi

Image
Dalam banyak-banyak buah tangan yang selalu dibeli, roti kiranya yang paling unik, yang mesti dibeli tiap kali ke Kuala Lumpur. Memang kegemaran dan sedap roti Gardenia, lagi-lagi masa lapar, boleh pakai isi perut tahan kelaparan. “Sungguh enak dimakan begitu saja”. Kalau kawan-kawan mendapat tahu ada yang akan ke Semenanjung, memang kena kirim membeli roti Gardenia untuk dibawa pulang. Dulu kalau tidak silap memang tidak ada dijual roti Gardenia ini di Sabah dan Sarawak. Sekarang mungkin di sebahagian tempat terutama bandaraya utama di Sabah dan Sarawak sudah boleh dijumpai. Namun harga rotinya memang mahal. Pernah sekali ketika saya sedang menunggu penerbangan ke Sarawak di KLIA 2,  terserempak dengan seorang rakan guru Semenanjung yang mahu ke Sarawak. Sudah boleh agak penumpang ini mahu ke Sarawak sebab beg plastik yang penuh dengan roti Gardenia di tangan beliau. Tersenyum juga saya ketika itu. Saya pun bertanya “Banyaknya roti Gardenia cikgu beli...