" Seludup " Roti dalam bagasi
Memang kegemaran dan sedap roti Gardenia, lagi-lagi masa lapar, boleh pakai isi perut tahan kelaparan. “Sungguh enak dimakan begitu saja”.
Kalau kawan-kawan mendapat tahu ada yang akan ke Semenanjung, memang kena kirim membeli roti Gardenia untuk dibawa pulang.
Dulu kalau tidak silap memang tidak ada dijual roti Gardenia ini di Sabah dan Sarawak.
Sekarang mungkin di sebahagian tempat terutama bandaraya utama di Sabah dan Sarawak sudah boleh dijumpai. Namun harga rotinya memang mahal.
Pernah sekali ketika saya sedang menunggu penerbangan ke Sarawak di KLIA 2,
terserempak dengan seorang rakan guru Semenanjung yang mahu ke Sarawak.
Sudah boleh agak penumpang ini mahu ke Sarawak sebab beg plastik yang penuh dengan roti Gardenia di tangan beliau. Tersenyum juga saya ketika itu.
Saya pun bertanya “Banyaknya roti Gardenia cikgu beli?”
“Beli untuk guru dan murid sekolah. Mereka pesan belikan roti ini sebab sana tidak ada”
kata guru itu.
Kadang-kadang bukan saja setakat beberapa beg plastik, ada yang sampai bagasi pun penuh dengan roti Gardenia.
Penuh bagasi berisi roti |
Kenapa roti Gardenia tidak dijual saja di kedai-kedai di Sabah dan Sarawak?
Kami sempat berhubung dengan pihak Gardenia Bakeries KL dan memajukan pertanyaan ini.
Menurut mereka, Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd hanya mempunyai lesen untuk membuat dan menjual produk-produk Gardenia untuk pasaran Semenanjung Malaysia sahaja.
Walau bagaimanapun, terdapat Gardenia di Sabah. Tetapi, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd dan Gardenia Sabah adalah dua syarikat yang berbeza dan tidak berkaitan diantara satu sama lain.
Pasaran Borneo atau Malaysia Timur tertakluk dibawah pengurusan Gardenia Sabah secara mutlaknya. Kedua-dua syarikat ini mempunyai pihak pengurusan, polisi dan sistem operasi yang berbeza.
Sumber : Klik Di Sini
Comments
Post a Comment