Badut-badut Politik Harapan
Jumaat lalu, pimpinan Pakatan Harapan berbondong-bondong mendatangi pejabat Jabatan Perdaftaran Pertubuhan (ROS) di Putrajaya. Tujuan yang tersurat hanya satu iaitu menghantar permohonan pendaftaran gabungan itu. Di situ ada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan. Ada Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad (PPBM) bersama Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR). Yang juga hadir ialah Timbalan Presiden, Mohamad Sabu (PAN) dan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM) selain Naib Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (PPBM). Barangkali inilah barisan badut-badut politik yang disebut oleh generasi Y dalam Forum Mahathir Ejen Perubahan atau Ejen Pemusnah di Bangsar tiga hari sebelum pimpinan Pakatan Harapan ini berkampung di pejabat ROS. Para strategis Pakatan Harapan nampaknya begitu terdesak, sehinggakan perlu mengheret Pengerusi dan Presiden serta gerombolan kepemimpinan tertinggi hanya untuk membuat urusan mendaftarkan parti. Kalau diikut cukuplah sekadar menghantar Ketua Se