Posts

Showing posts from September, 2017

Antara Artis Bangang & BoTak Chin : Siapa lebih Patriotik ???

Image
Sempena Hari Kebangsaan, aku nak berkongsi dengan korang satu kisah mengenai penjenayah paling terkenal di Malaysia, Wong Swee Chin atau Botak Chin . Dia ni bukan kepala botak, tetapi botak tu stands for tiga perkataan Hokkien yang bererti Tiada ( Bo ), Kerja ( Tak ) Chin ( Cina ) atau Cina Tiada Kerja atau ‘jobless Chinese’. Ganasnya Botak Chin, dia pernah rompak Kelab Selangor (Dataran Merdeka) pada Oktober 1975 dan bawa lari RM218,000 ketika itu! Bayangkan 41 tahun lepas pun dia berjaya dah sakau beratus ribu. Dia juga memiliki tak kurang dari 19 pucuk senjata, lima bom tangan dan lebih 1,000 butir peluru! Kumpulan dia pernah cari dan tembak pegawai polis yang menyiasatnya sampai cedera parah. Masa dia ditahan di Penjara Pudu, dia bukan saja mengamuk, membelasah dan menikam wadar dengan benda tajam, malah dia dah siap rancang nak bom penjara tersebut! Namun di sebalik betapa ganasnya manusia bernama Botak Chin, izinkan aku berkongsi sedikit 'sisi putih' penjenay