Posts

Showing posts from March, 2018

Kisah Sheikh Abdul Qadir Jailani Dengan Seekor Kucing

Image
Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terlewat waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya.  Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu. Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu.  Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat? Beliau pun bertanya: " Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh ?" Kucing itu menjawab: " Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Ol