Posts

Showing posts from September, 2021

Sidharth Shukla meninggal dunia

Image
Sidharth Shukla MUMBAI  : Pelakon dan pengacara Sidharth Shukla, 40, meninggal dunia akibat serangan jantung, semalam. Menurut laporan, dia dikejarkan ke hospital pagi semalam, namun tidak dapat diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhirnya. Menurut kenyataan stesen Colors TV tempatnya bekerja, pemergian Sidharth satu kehilangan besar untuk mereka dan seluruh industri Bollywood. "Kami di Colors sangat berduka dan bersedih terhadap pemergian mengejut anggota keluarga kami, Sidharth Shukla. Dia semestinya akan sangat dirindui. "Pemergiannya adalah kehilangan yang tiada galang gantinya untuk kami dan seluruh industri," kata kenyataan itu. Pemergiannya jelas ditangisi warga industri hiburan Bollywood. Rata-ratanya terkejut dan kini berkabung dengan kematiannya. Pelakon gandingannya dalam filem Humpty Sharma Ki Dulhania, Alia Bhatt menyifatkan Sidharth adalah seorang rakan artis yang sangat menyenangkan. "Sid (Sidharth) seorang yang sangat mesra, baik hati dan jujur y

Papagomo digantung keahlian UMNO 6 tahun

Image
Gambar : MalaysiaKini Exco Pergerakan Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris digantung keahlian selama enam tahun atau dua penggal berkuatkuasa 27 Ogos. Penggantungan Wan Muhammad Azri diputuskan oleh Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bersidang pada 27 Ogos lalu. Tindakan terhadap Wan Muhammad Azri itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu surat kepada beliau. Sumber  : Suara Merdeka