Posts

Showing posts from August, 2017

Guan Eng, "Lembu" & Sebakul Durian

Image
Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng tergamak menangguhkan operasi sebuah kilang haram dek kepentingan mereka sehingga sanggup mengambil ringan perihal kebajikan penduduk kampung berhampiran yang sudah menderita lama akibat kilang berkenaan.

26 Ogos lepas, pemimpin PKR bersama-sama dengan Exco Kerajaan Negeri yang ditahan reman oleh SPRM, tempoh hari, Phee Boon Poh menyelesaikan masalah penderitaan penduduk Kampung Sungai Lembu dengan hanya memberikan mereka makan sebakul durian sahaja.

Kilang perusahaan habuk papan yang sudah beroperasi secara tidak sah selama lebih 10 tahun terus beroperasi tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

Alasan Guan Eng, memang dasar kerajaan negeri yang tidak dihebahkan iaitu menangguhkan operasi ke atas kilang atau premis besar yang beroperasi secara tidak sah kerana kerajaan negeri mahu mencari penyelesaian yang lebih adil untuk kedua-dua belah pihak.

Bukan sahaja hanya beri makan durian sahaja, Guan Eng pul…

HMS Prince of Wales, Tanah Melayu & Kemerdekaan

Image
Ini adalah Kapal Perang HMS Prince of Wales yang karam dalam serangan udara oleh Tentera Jepun pada 10 Disember 1941 di Kuantan Pahang.

Kapal Perang Kelas King George V ini adalah antara kebanggaan British yang mempunyai nilai sejarah yang amat tinggi kepada negara dan bangsa kita.

Diatas kapal inilah Piagam Atlantik ditandatangani pada 14 Ogos 1941 antara Franklin D. Roosevelt dan Winston Churchill di Teluk Placentia, New Foundland.

Disebabkan Piagam inilah British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada kita, sekalipun ketika itu ekonomi United Kingdom betul-betul bergantung kepada Tanah Melayu. United Kingdom selepas Perang Dunia Kedua, hampir muflis, dan ekonominya diselamatkan oleh hasil bumi dan pertanian Tanah Melayu.

Piagam Atlantik ini mengandungi 8 Perkara iaitu  :-

1 - British dan Amerika hendaklah menghentikan perluasan wilayah atau jajahan.

2 - Pengaturan satu-satu wilayah mestilah berdasarkan kehendak rakyat wilayah tersebut.

3 - Semua rakyat (wilayah jajahan) mempunyai hak…

DAP perkudakan PKR Di Selangor & Kelantan Untuk Hancurkan PAS

Image
Apa sahaja akan dibuat oleh DAP bagi hancurkan terus parti PAS. Sudah ditubuh parti PAN untuk lawan PAS. Tidak cukup dengan itu, PKR pula dipecahkan sesama sendiri bagi hancurkan terus PAS.

Bulan April 2017 ketika Muktamar PAS di Kedah, Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Mohd Rejab Md Akhir telah menjerit "Jahanam PAN". Laungan yang disambut kemudiannya oleh semua perwakilan PAS untuk menjahanamkan parti serpihan PAS yang ditubuhkan oleh Mat Sabu itu.

Kemudian, Pengerusi Jawatankuasa Usul PAS, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali membuat usul agar PAS putus hubungan dengan PKR. “Menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat ‘tahaluf siyasi’ dengan PAS maka muktamar Dewan Ulama PAS Pusat yang bersidang pada 27 April 2017 bersetuju untuk mengusulkan agar ‘tahaluf siyasi’ antara PAS dan PKR diputuskan” kata Khairuddin.

11 Mei 2017, Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan “tahaluf siyasi” antara PAS-PKR terbatal serta merta, kata Setiausahanya Datuk Nik Muhammad Zawa…

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Image
Nama Bandar Jerantut banyak sekali dikaitkan dengan kisahnya, ini adalah diantara sebahagian daripada   kisah kewujudan nama  Jeranutut. Jerantut diambil dari sebutan penuturan Orang Asli dari suatu cerita zaman pemerintahan Sultan Ahmad, iaitu apabila beberapa orang Melayu yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar yang mencari ternakan kerbau mereka tidak pulang.

Mereka telah bertanya kepada Orang Asli di kawasan kampung Paya Tambak tidak jauh dari sungai Pahang, di mana ada satu anak sungai yang mengalir airnya di atas batu-batu jeram kecil. Orang Asli itu menunjuk ke arah di mana kerbau itu berada dengan berkata dekat "JERAM TUT" maknanya jeram itu. Kerbau yang dicari itu dijumpai tidak bergerak kerana tali pesaranya terbelit di sepohon pokok di tepi jeram itu. Lama kelamaan sempena peristiwa berjumpa kerbau itu maka tempat itu disebut atau diberi nama JERANTUT.

Ada 3 lagi kisah atau cerita berkaitan dengan nama JERANTUT :-

1) Berdasarkan cerita orang tu…

Kenapa SPRM Perlu Siasat Aset Mahathir ?

Image
Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan atau nama popularnya "Top Dog" Pakatan Harapan telah membangkitkan kononnya ada aset RM230 juta yang dikatakan dimiliki oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memegang jawatan ketua Pemuda UMNO.

Beliau membangkitkan mengenai aset berkenaan selepas Zahid mendedahkan bahawa Mahathir bukanlah berketurunan Melayu kerana namanya di dalam kad pengenalan tertulis "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Namun seperti biasa, selepas sehari mendedahkannya, Mahathir kemudian buat "U Turn" dengan memberitahu beliau tidak mempunyai bukti hitam putih berhubung dakwaan itu.

Itu tidak mengejutkan kerana ia sama seperti tuduhan yang dibuat ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 juta. Mahathir juga gagal mengemukakan sebarang bukti mengenainya.

Hanya setakat tuduhan semata-mata. Berbalik kepada isu aset Zahid itu, Timbalan Perdana Men…

Penghapusan DEB - kesannya kepada bangsa MELAYU

Image
Ramai dikalangan kita yang membandingkan keadaan ekonomi ketika zaman Tun Dr Mahathir dengan zaman Dato' Sri Najib Tun Razak....
Kita perlu akui salah satu JASA Tun Dr Mahathir adalah memaksimakan potensi Dasar Ekonomi Baru ke peringkat optimal semasa pentadbiran beliau.
Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990 dan disebabkan kestabilan politik ketika itu, Tun Dr Mahathir telah menyambung dasar tersebut selama 10 tahun lagi dengan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dengan beberapa "pengorbanan" seperti menamatkan pembukaan Tanah Rancangan Felda dan pengambilan peneroka Felda baru. Selain itu, beliau juga terpaksa "mengorbankan" dasar quota ke Universiti Awam dan mengurangkan biasiswa-biasiswa ke universiti dan digantikan dengan PTPTN yang terbuka kepada semua kaum:- bagi memperolehi kompromi dengan bangsa-bangsa lain.
Semasa era DEB dan DPN, kerajaan "dibenarkan" untuk memonopolikan projek-projek pembangunan kepada bumiputera sahaja. Ini men…

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

Image
Pada umumnya Kesultanan Melayu Pahang dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat pertama, apabila pemerintahan Siam di Pahang telah diserang dan diambil alih oleh kerajaan Melaka. Maharaja Dewa Sura telah ditawan dan dibawa ke Melaka, puterinya, Puteri Onang Seri telah dikahwini oleh Sultan Mansur Shah berputerakan Raja Muhammad dan Raja Ahmad.


Berlakulah peristiwa di mana anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak yang bernama Tun Besar sedang bermain sepak raga telah dibunuh akibat ditikam dengan sebab telah menjatuhkan destar Raja Muhammad yang sedang berkuda. Pertelagahan kedua-dua keluarga segera ditegah oleh Bendahara Tun Perak dengan katanya yang masyhur “Nyiah! Nyiah kamu semua, nyiah kerana istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi akan anak raja seorang ini janganlah kita pertuan”. Lantaran peristiwa itu, Raja Muhammad telah ditolak dari bumi Melaka dan dirajakan di Pahang sebagai sultan yang pertama, bergelar Sultan Muhammad Shah (c. 1470). Makam baginda terdapat d…

Zahid Mat Arip Conteng Arang ke Maruah PPBM

Image
Penahanan Zahid Mat Arip yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM, bukti parti pimpinan Mahathir itu dipenuhi dengan orang bermasalah dan penuh dengan skandal.

Semua jenis ada dalam parti Mahathir. Ada yang skandal dengan isteri orang, ada yang kuat berdisko, ada yang "klimaks 4 kali" dengan boyfriend, ada yang bankrap dan ada yang terbabit dengan skandal rasuah.

Zahid Mat Arip sebelum ini adalah bekas Pegawai Khas Kepada bekas Pengerusi FELDA. Ahli majlis tertinggi PPBM itu disiasat dalam kes pembelian sebuah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching, Sarawak.

Zahid Mat Arip dalam satu video ceramahnya di Sabah menyatakan bahawa tanda tanda pilihanraya umum ke 14 akan diadakan bila ada jerung besar ditangkap oleh SPRM. Zahid Mat Arip ketika ceramah itu menggunakan pentas ceramah PPBM.

Memang benarlah jerung besar itu adalah dirinya sendiri. Memang Zahid Mat Arip tahu dia telah melakukan kesalahan rasuah dan memang menunggu tangkapan dilakukan SPRM terhadapn…