Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut



Nama Bandar Jerantut banyak sekali dikaitkan dengan kisahnya, ini adalah diantara sebahagian daripada   kisah kewujudan nama  Jeranutut. Jerantut diambil dari sebutan penuturan Orang Asli dari suatu cerita zaman pemerintahan Sultan Ahmad, iaitu apabila beberapa orang Melayu yang tinggal di sekitar Kampung Sungai Salan di Pulau Tawar yang mencari ternakan kerbau mereka tidak pulang.

Mereka telah bertanya kepada Orang Asli di kawasan kampung Paya Tambak tidak jauh dari sungai Pahang, di mana ada satu anak sungai yang mengalir airnya di atas batu-batu jeram kecil. Orang Asli itu menunjuk ke arah di mana kerbau itu berada dengan berkata dekat "JERAM TUT" maknanya jeram itu. Kerbau yang dicari itu dijumpai tidak bergerak kerana tali pesaranya terbelit di sepohon pokok di tepi jeram itu. Lama kelamaan sempena peristiwa berjumpa kerbau itu maka tempat itu disebut atau diberi nama JERANTUT.

Ada 3 lagi kisah atau cerita berkaitan dengan nama JERANTUT :-

1) Berdasarkan cerita orang tua-tua bahawa asal usul perkataan "Jerantut" adalah berasal dari perkataan "Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu satu tempat dimana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Bharu bersilang dengan jalanraya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914 nama "Simpang 4" ditukar kepada "Jerantut".

2) Satu lagi mengisahkan Pemburu dimana asal nama Jerantut dikaitkan juga dengan kisah cara orang kampung mendapatkan hasil buruan dengan cara menghalau buruan mereka ke Jeram dan apabila mereka sampai ke jeram mereka akan bertanya sesama meraka di mana buruan itu? mereka akan menjawab ke "Jeram tu"..."Jeram tu".... lama kelamaan kekal lah namanya hingga ke hari ini JERANTUT.

3) Juga kisahnya ada seorang tok batin orang asli yang berpengaruh bernama Tuk. Suatu hari dia menaiki rakit di sungai pahang. Tak semena-mena,rakitnya telah berlanggar dengan jeram dan dia telah mati di situ. Jadilah nama tempat ni jeram tuk dan hasil daripada loghat pahang setempat sebutannya menjadi jerantek (dieja jerantut).





Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan iaitu setelah Malayan Union ditumbangkan, maka daerah Jerantut mulai 1948 dijadikan sebuah daerah kecil (sub-daerah) kepada daerah Lipis.

Seorang Pegawai Tadbir berjawatan Penolong Pegawai Daerah telah ditempatkan di Jerantut untuk mentadbir semua mukim dan kampung-kampung dalam daerah Jerantut sebagaimana yang ditentukan dalam peta daerah sehingga kini. Penolong Pegawai Daerah, daerah kecil Jerantut yang pertama ialah Encik Maaroff dengan hanya beberapa orang pegawai dan kakitangan pembantunya dengan pejabatnya bangunan kayu sementara bertempat di Tapak Rumah Rehat Jerantut sekarang.

Pejabat dan Balai Polis didirikan berhampiran Balai Polis Jerantut sekarang.

Seorang Inspektor Polis dan beberapa anggota polis ditempatkan di situ untuk menjaga keamanan dan keselamatan seluruh daerah Jerantut. Balai Polis Jerantut pernah diserang oleh pengganas komunis di peringkat awal darurat diisytiharkan tetapi mereka tidak berjaya apabila bantuan pasukan keselamatan segera dihantar dari Kuala Lipis.

Bandar lama Jerantut hanya ada 2 deret bangunan kedai yang dipunyai oleh kaum Cina dan terletak tidak jauh dari Stesen Keretapi. Jalan keretapi dibina di awal tahun 1922 iaitu laluan keretapi Pantai Timur yang ada sekarang, manakala dalam masa yang sama jalan raya dari Kuala Lumpur melalui Bentong dan Raub terus ke Jerantut dan ke Kuantan adalah jalan utama menghubungkan negeri Terengganu dan Kelantan yang masih ada sekarang.

Pada tahun 1957, tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu iaitu tarikh keramat 31hb.Ogos, 1957, daerah kecil Jerantut dijadikan sebuah daerah penuh. Pegawai Daerahnya ialah Dato’ Abu Bakar bin Hussin anak kelahiran Chenor.

Maka bermulalah daerah Jerantut dengan 10 buah mukim iaitu Pedah, Ulu Tembeling, Ulu Cheka, Kuala Tembeling, Tembeling Tengah, Teh, Kelola, Tebing Tinggi, Burau dan Pulau Tawar.



Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA