Kisah Sheikh Abdul Qadir Jailani Dengan Seekor Kucing


Diriwayatkan bahawa pada suatu pagi Syeikh Abdul Kadir Jailani hampir-hampir terlewat waktu untuk solat subuh. Tiba-tiba seekor kucing datang ke sisi beliau yang sedang nyenyak tidur itu lalu menggesel-geselkan badannya sehingga Syeikh Abdul Kadir Jailani pun terjaga dari tidurnya. 


Menyedari beliau telah kesuntukan masa, bersegeralah beliau mengerjakan solat subuh pagi itu.
Apabila selesai sahaja beliau bersolat, beliau pun memandang kepada kucing yang menggerakkannya daripada tidur tadi itu. 


Dengan kekuatan mata batinnya, beliau dapat mengenali bahawa kucing itu sebenarnya syaitan. Hal ini menjadi tanda tanya kepadanya kerana sebagai syaitan mengapa sanggup menggerakkannya untuk mengerjakan solat?


Beliau pun bertanya: "Aku kenal kamu adalah syaitan, tetapi mengapa kamu membangunkan aku supaya bersolat subuh?"


Kucing itu menjawab: "Kamu adalah seorang yang terkenal taat dan bijak seperti mana yang rakan-rakan syaitanku memberitahuku. Oleh kerana engkau telah mengenali diriku, baiklah aku akan jelaskan kepadamu.


Lalu kucing tersebut menyambung: Aku tahu jika kamu tertinggal solat fardhu ke atasmu, kamu akan melakukan seratus rakaat solat lagi sebagai penebusan, jadi aku bangunkan kamu supaya kamu hanya dapat pahala daripada mengerjakan solat yang dua raka'at sahaja."


Wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Dan Latar Belakang Daerah Jerantut

Sejarah Ringkas Asal-usul Kesultanan Pahang

DASAR POLITIK CAUVINIS DAN HIPOKRIT DAP BAKAL MEMUSNAHKAN NEGARA